Barcelona Akan Umumkan ‘Super Coach’ Pengganti Luis Enrique Pada 1 Julai Ini

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dikatakan tidak akan tergesa-gesa untuk mengumumkan siapakan pengganti Luis Enrique.

Luis Enrique mengesahkan beliau akan meninggalkan Barcelona selepas berakhir musim ini. Ia mendapat reaksi yang berbeza dari seluruh dunia.

Ramai yang terkejut dengan pengunduran itu. Manakala pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, ianya hari sedih untuk anda jika anda adalah penyokong Barcelona.

Banyak spekulasi berlegar. Antara nama yang dipetik oleh media termasuk Arsene Wenger.

Namun pengendali Arsenal itu menyatakan ia berita karut dan tidak akan berlaku.

Sky Sports menyenaraikan 5 nama yang menjadi pilihan bookmaker.

Ernesto Valverde dikatakan pilihan utama Barcelona buat masa ini. Namun Bartomeu berkata:

“Ini bukan masa untuk kami berspekulasi. Sebaliknya kami harus merancang masa depan.”

“Kami masih dalam persaingan liga, dan juga perlawanan menentang PSG di UCL. Tak lupa juga final Copa.”

“Para pemain kami sedih dengan keputusan ini, namun mereka juga sangat bermotivasi untuk bekerja demi Luis.”

Josep Maria Bortameu juga berjanji akan membawa super coach untuk menggantikan Enrique.

“Kami akan memilih calon berdasarkan proses recruitment yang kami yakini dan teratur.”

“1 Julai nanti barulah akan umumkan. Buat masa ini, perkara paling utama adalah fokus kepada semua baki perlawanan kami.”

“Tugas kami adalah untuk menyokong Luis Enrique sehingga akhir musim ini.”

“Luis Enrique telah membantu kami menang 8 daripada 10 trofi dalam 3 musim. Namun kami dan Luis masih belum berakhir. Kami masih ada 3 bulan lagi.”

Baca juga: Luis Enrique: “Terima Kasih Barcelona, Saya Akan Pergi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN