Luis Enrique: “Terima Kasih Barcelona, Saya Akan Pergi”

Luis Enrique mengejutkan ramai petugas media apabila mengumumkan beliau tidak lagi menjadi pengurus Barcelona pada musim hadapan.

Ianya selepas terlalu banyak tekanan daripada segelintir penyokong yang merasakan Enrique tidak relevan dengan Barcelona.

Sebenarnya, ramai yang menjangkakan beliau akan meninggalkan Barcelona terutama sekali melalui pemecatan.

Ini kerana Barcelona masih berdiam diri tentang kontrak lanjutan Enrique yang akan berakhir Jun ini.

Sebelum ini, ketika pra-musim beliau sendiri pernah berkata, ini mungkin musim terakhir beliau.

Enrique juga banyak berdiam diri ketika ditanya masa depan beliau di Camp Nou sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun yang mengejutkan adalah beliau mengumumkannya dalam sidang media selepas perlawanan dengan Gijon, di mana Barca menang besar 6-1 dan naik ke tangga pertama La Liga.

Barcelona berjaya memintas Real Madrid yang sekadar seri 3-3 dengan Las Palmas.

Enrique: Terima kasih Barcelona

Ketika pegawai media Barcelona memberitahu wartawan hanya ada 1 soalan terakhir, Enrique kelihatan masih tenang di kerusi.

Biasanya, Enrique akan bersedia untuk bangkit dari kerusi dan meninggalkan bilik media. Selepas menjawab soalan terakhir Enrique bertanya kepada Sergi Nogueras (pegawai media):

“Itu soalan terakhir kan?”

Selepas Nogueras memberikan respon ya! Enrique terus berkata:

“Baiklah, saya ingin mengambil kesempatan pada sidang media kali ini untuk memberitahu anda semua.”

“Saya tidak akan menguruskan Barcelona lagi pada musim hadapan.”

Ia memang saat yang mengejutkan semua wartawan yang sudah bersiap-siap mahu beredar.

Enrique mengucapkan terima kasih kepada Barcelona kerana kepercayaan mereka ke atas beliau sepanjang 3 tahun yang indah.

Beliau juga bertekad akan memberikan komitmen terbaik sehingga akhir musim ini.

Enrique akan cuba menghadiahkan sesuatu kepada Barcelona. Beliau berkata beliau sedang bekerja keras dan cuma ada sedikit sahaja masa berehat buat masa ini.

Rekod bersama Barca

Sebagai rekod, Enrique ada ratio kemenangan 74% daripada 164 perlawanan.

Beliau sudah membantu Barca menang 8 trofi sejak 2014. Beliau memenangi treble pada musim pertama dan juga double pada musim lalu.

Namun Enrique antara individu yang sangat sedikit mendapat kredit di atas kejayaan luar biasa itu berbanding dengan MSN.

Ura-ura beliau akan dipecat bermula ketika Barcelona tewas kepada Real Sociedad pada Januari lalu. Tekanan semakin memuncak selepas Barcelona dibelasah 4-0 oleh PSG.

Secara teknikalnya, Barcelona masih bersaing dalam 3 kejuaraan utama.

Apapun, Enrique pastinya terpahat di antara jurulatih yang cemerlang di Barcelona kerana pencapaian 8 trofi beliau pada masa yang singkat.

Baca juga: Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dalam 5 Liga Utama Eropah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN