Semalam FMLLP ataupun MFL telah mengeluarkan kenyataan media tentang kelakuan penyokong Selangor yang dianggap boleh merosakkan nilai komersil liga Malaysia di mata pelabur.
Baca juga: Isu Kain Rentang: Selangor Bakal Berdepan Hukuman Berat
Hari ini FMLLP menjawab beberapa persoalan yang diajukan menerusi twitter mereka.
Rimau XI bertanya sama ada banner tersebut ada unsur politik ataupun menghina.
Adakah kain rentang ini berunsur penghinaan atau politikal? pic.twitter.com/Ash9rW3yvu
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) July 16, 2018
Akaun yang sama turut mempertikaikan ketegasan bola sepak Malaysia tentang isu banner apabila penyokong negara jiran kita terangan mengibarkan banner yang sangat ofensif.
Kiri: Langgar undang-undang @footballmasllp
Kanan: Tiada bantahan dari @FAM_Malaysia pic.twitter.com/7wXgT8oY4A
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) July 16, 2018
Buat masa ini hanya permohonan maaf di media sosial dibuat oleh pihak Indonesia. Pengguna twitter dengan nama Mejah Lipa pula tampil dengan pandangan agak pedas.
Surat terbuka untuk Pak Menteri KBS, YB @SyedSaddiq .
Mohon baca dan ambil tindakan. Ini adalah thread pendek.
Terima kasih. pic.twitter.com/248MEBsEBe
— TotallyMejah 🏄 (@rhdonna) July 15, 2018
FMLLP menjawap persoalan oleh Rimau XI:
Pengguna twitter Alee-MeenHo bertanya tentang tifo kepala anjing satu ketika dahulu. Kenapa tiada tindakan?
Fact remain..FAM pon masa tu takde amik tindakan "tifo anjing"..ape stand korang nak hukum berlebihan "tifo pertanyaan 🤡"..anjing dgn 🤡 mn lebih hina? Komersil? Korg gagal bawak penyokong meramaikan stadium..jgn kambing hitamkan pihak yg bertanya "kenapa korg gagal?"
— Ale-Meendro🇲🇾 (@Meeniture) July 16, 2018
FMLLP menyatakan ada bezanya kerana zaman itu liga Malaysia tiada pembahagian pendapatan seperti yang ada pada hari ini.
Macam kita cakap tadi zaman sebelum wujud arus pemgkomersialan serta zaman FAM xboleh disamakan dgn skrg. Jika itu berlaku skrg sudah tentu tindakan akan diambil. Bab penyokong meramaikan stadium pula saudara keliru dengan peranan pentadbir Liga berbanding pasukan dalam Liga. … https://t.co/dW2PtXsVxS
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 16, 2018
FMLLP turut menyatakan peranan mereka adalah untuk pemasaran Liga Malaysia. Manakala tugas setiap pengurusan pasukan untuk menarik penyokong hadir ke stadium.
Dan FMLLP ingin tahu berapa agaknya digunakan oleh pasukan kesayangan anda untuk dilaburkan dalam usaha menarik kehadiran penyokong daripada RM3 juta yang diberikan.
UltraSel Petaling Jaya tampil dengan kenyataan agar penyokong juga dididik dengan prosedur yang betul dan bertanya, adakah Liga Malaysia tidak memerlukan penyokong?
Ini jawapan balas daripada FMLLP:
Namun FMLLP juga mengingatkan bahawa ia tak bermaksud penyokong boleh berbuat apa sahaja.
UltraSel kemudian menyatakan:
Sebelum kita sembang pasal pelaburan ratusan juta.
Terangkan kepada penyokong, bagaimana proses sesuatu penundaan jadual perlawanan itu dilakukan? Siapa yang terlibat dan membuat keputusan?
We are asking with a question mark, are you guys a circus? ?
Sebelum kita sembang pasal pelaburan ratusan juta.
Terangkan kepada penyokong, bagaimana proses sesuatu penundaan jadual perlawanan itu dilakukan? Siapa yang terlibat dan membuat keputusan?
We are asking with a question mark, are you guys a circus? 🤡 https://t.co/yZDeD1oxkJ
— ultra Selangor (@ultraSel_) July 16, 2018
FMLLP mengajak UltraSel datang ke bahagian pertandingan MFL di pejabat FMLLP. Ini untuk memahami sendiri cara MFL menunda jadual perlawanan berdasarkan proses tertentu.
Kami di semuanyaBOLA ingin tahu pandangan anda tentang isu ini. Komen konstruktif kami perlukan di ruangan komen.