Isu Kain Rentang: Selangor Bakal Berdepan Hukuman Berat

Gara-gara kerana kain rentang berunsur penghinaan dinaikkan oleh penyokong Selangor untuk dituju kepada badan pengendali liga Malaysia iaitu Malaysia Football League (MFL), skuad gergasi merah itu bakal berdepan hukuman berat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kain rentang yang tertulis “MFL = Circus?” itu dinaikkan semasa perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 diantara Selangor menentang Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Cheras semalam.

Berdasarkan kenyataan daripada MFL, tindakan penyokong Selangor itu telah melanggar Perkara 5, Organisasi Teknikal Perlawanan, Manual Liga Malaysia.

“Menurut Perlembagaan Malaysian Football League (MFL), Bahagian D, Artikel 4.3, setiap pasukan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa para penyokong pasukan mereka sentiasa mengikut peraturan- peraturan MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“MFL mengambil serius berkenaan isu ini kerana ianya memberi kesan buruk terhadap imej dan reputasi Liga Malaysia. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini memberi kesan buruk kepada keyakinan penaja, pelabur dan penyiar.

“Jika pelaburan daripada pihak penaja dan penyiar berkurang, maka pengagihan dana kepada seluruh pasukan yang bertanding di Liga Malaysia akan turut berkurang dimana pasukan-pasukan Liga Super termasuk Selangor sendiri telah menikmati pendapatan sebanyak RM3 Juta tahun ini,” kata kenyataan tersebut.

Bagi mempertahankan pendapatan pasukan-pasukan serta nilai pelaburan penaja dan penyiar, Lembaga Pengarah MFL akan membuat keputusan atas tindakan yang akan diambil terhadap pasukan Selangor.

“Isu ini juga telah dihantar kepada FAM untuk pertimbangan dan tindakan mengikut Kod Tatatertib FAM. Antara tindakan yang boleh diambil termasuk denda dan sekatan terhadap venue perlawanan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN