Cristiano Ronaldo Mahu Buktikan Beliau Adalah Pemain Berbeza Di Juventus

Cristiano Ronaldo secara rasminya telah pun diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus dalam sebuah majlis pengenalan di Turin.

Dengan menyarung jersi bernombor 7, pemain dari Portugal itu menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama pasukan Itali tersebut.

Menurut Ronaldo, beliau jelas bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk menikmati bola sepak di Serie A bermula pada musim akan datang.

“Untuk datang ke kelab ini pada usia sebegini, saya amat gembira.”

Kata Ronaldo, beliau cukup bertuah kerana pada usia beliau masih lagi ada kelab ternama yang mahukan khidmat beliau.

“Saya berbeza jika nak dibandingkan dengan pemain lain seusia saya. Ada diantara mereka sudah mengalami fasa penamat karier pada usia ini.”

“Saya ingin tunjukkan kepada mereka yang saya berbeza. Ianya cukup emosi buat saya kerana saya di sini pada usia 33 tahun dan bukannya pada umur 23 tahun.”

“Pada usia sebegini, kebanyakan pemain seusia saya akan berhijrah ke Qatar mahu pun ke China.”

Ronaldo jelas mengharapkan dirinya mampu menjadi bintang yang menyinar buat Juventus dalam misi mereka mahu bergelar juara Eropah.

“Saya mahu menang, saya mahu jadi yang terbaik.”

“Siapa sangka, saya akan dianugerahkan dengan gelaran Ballon d’Or selepas ini? Tetapi perkara itu akan berlaku secara sendirinya.”

“Sukar untuk memenangi perlawanan di Manchester United dan juga Real Madrid, tetapi di sini siapa tahu?”

Ronaldo meninggalkan Real Madrid untuk Juventus selepas 9 tahun bersama kelab Sepanyol itu.

Beliau memenangi 16 gelaran utama bersama kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN