Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi terus unggul selepas dinobatkan selaku pemenang Ballon d’Or 2019 pada majlis yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris awal pagi tadi.
Ia merupakan gelaran Ballon d’Or keenam buat Lionel Messi yang menjadikannya sebagai pemain paling banyak menerima gelaran tersebut.
Kejayaan terbaharu itu menyaksikan Messi berkelebihan satu gelaran berbanding pemain yang dilabel ‘musuh tradisinya’, Cristiano Ronaldo dengan lima trofi Ballon d’Or dimenanginya.
⚽️ 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019… #ballondor pic.twitter.com/4YD8iQItRf
— #BallondOr (@francefootball) December 2, 2019
Meskipun dikecewakan Liverpool pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan tumpas 1-2 pada final Copa del Rey musim lalu, Messi yang berusia 32 tahun berjaya membantu Barcelona menjuarai saingan La Liga 2018/19.
Beliau turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak bagi Liga Juara-Juara Eropah dan La Liga pada musim yang sama.
Dalam perkembangan sama, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang disebut-sebut bakal meraih gelaran tersebut berada di tempat kedua dan diikuti Cristiano Ronaldo.
Voici le classement officiel et complet du Ballon d’Or France Football 2019 ? https://t.co/PAM2nVcgyi pic.twitter.com/mR0DTJ8oKp
— #BallondOr (@francefootball) December 2, 2019
Duo serangan Liverpool yang cukup berbahaya pada musim 2018/19, Sadio Mane dan Mohamed Salah menghuni tangga keempat dan kelima.
Penjaga gol The Reds, Alisson Becker yang menduduki tangga ketujuh turut dipilih sebagai pemenang trofi Lev Yashin 2019 bagi [kategori] anugerah yang pertama kali diperkenalkan itu.
Kredit foto: Football France