“Bakal Pengarah Teknikal Kedah?” – ‘Respon’ Bekas Jurulatih, Ramon Marcote Ini Curi Tumpuan

Ramon Marcote Al-Hilal 2022 rumours Kedah Liga M

Selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali nafikan pelantikan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebagai Pengarah Teknikal, ‘respon’ Ramon Marcote ini mencuri perhatian.

Ramon Marcote pernah kendalikan Kedah selama empat bulan pada musim 2018 dan kini sedang membimbing skuad B-15 Al-Hilal di Arab Saudi. Sejarahnya bersama Sang Kenari tak boleh dinafikan apabila pernah menjadi pengendali sementara pada musim 2015 ketika Cheng Hoe menjalani kursus kejurulatihan Lesen A di China.

Ramon Marcote cemerlang membantu Kedah mara ke final Piala Malaysia 2015, yang merupakan pasukan Liga Premier yang berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia 2015. Kedah tewas 0-2 kepada Selangor di pentas akhir.

Lesen UEFA Apa Yang Marcote Dan Raul Longhi Sedang Ambil?

Jika ‘respon’ beliau di media sosial terhadap khabar angin bakal meninggalkan Al-Hilal boleh kita ambil kira, nampak seperti beliau mengiyakan khabar angin tersebut. Beliau dilihat memberikan tanda ‘like’ kepada satu posting mengenai ‘penghijrahannya’ di akaun Twitter, Malayantigerfans. Namun, tidak didedahkan hala tujunya.

Dengan Cheng Hoe tiada dalam perancangan Kedah, boleh dikatakan mungkin inilah destinasi Ramon Marcote.

Dengan ura-ura bakal Pengarah Teknikal adalah bekas jurulatih Kedah, tidak mustahil juga beliau bakal diangkat.

Ketika ini, posisi Pengarah Teknikal Kedah dipegang oleh bekas kapten Sang Kenari di era 90-an, Radhi Mat Din.

Twitter Ramon Marcote 2022
FOTO: Twitter

Sekitar tahun 2019, Ramon Marcote pernah berkata kepada Semuanya BOLA yang beliau sangat berminat sekiranya ditawarkan jawatan Pengarah Teknikal dari pasukan di Malaysia kepadanya. Ketika itu, hangat dikatakan yang beliau bakal menyertai Selangor FC menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

“Sudah tentu saya berminat. Seperti saya katakan sebelum ini, bola sepak di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar untuk bergerak ke hadapan.

“Sasaran utama saya adalah di dalam bidang kejurulatihan. Tetapi jika ada pihak yang berpendapat profil diri saya boleh membantu dalam aspek lain [Pengarah Teknikal], saya bersedia untuk melakukannya,” ungkapnya kepada Semuanya BOLA.

Ramon Marcote Bersedia Untuk Jawatan Pengarah Teknikal Di Liga Malaysia

Begitupun, menurut laporan Bernama minggu lalu, bekas jurulatih Kedah, Mosthakeen Omar difahamkan akan menggantikan Radhi Mat Din walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak KDA FC setakat ini.

Mosthakeen Omar bukanlah nama asing dalam bola sepak negeri Kedah apabila pernah mengendalikan Kedah selama dua musim dari 1996 dan 1997. Beliau juga merupakan jurulatih pertama yang menghadiahkan Piala FA buat skuad Hijau Kuning pada musim 1996, selain muncul naib juara Liga Perdana 1997 – liga utama ketika itu.

Berdasarkan posting tersebut, mungkin benar Ramon Marcote bakal berkelana, namun destinasinya masih samar-samar. Dengan kedudukan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain semakin hangat diperkatakan bakal ke kem skuad kebangsaan, adakah mungkin hala tuju pengendali kelahiran Sepanyol itu adalah ke Terengganu?

Tiada kenyataan daripada mana-mana pihak menjadikan perkara ini masih dalam tanda tanya. Sama ada Ramon Marcote atau Mosthakeen Omar, kedua-duanya sudah ‘masak’ dengan situasi Sang Kenari. Penyokong Kedah mahu siapa untuk posisi Pengarah Teknikal. Nama posisi ‘sedap’ tapi tanggungjawabnya besar tau!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN