Pasukan Manchester United dipilih sebagai pasukan yang paling besar bajet perpindahan pemainnya dalam siri permainan FIFA 20 untuk mod Career Mode.
Walaupun tidak hanya menamatkan saingan liga ditangga keenam pada musim lalu, EA Sports memilih untuk memberikan pasukan tersebut dengan bajet yang lebih besar berbanding Manchester City dan juga Liverpool.
Lebih ironi, Manchester United merupakan rakan kongsi utama Pro Evolution Soccer milik Konami!
Dalam Career Mode, pemain yang menggunakan Manchester United akan memperoleh bajet permulaan untuk membeli pemain sebanyak £167,488,480.
Juara Premier League musim lalu, Manchester City hanya berada di tangga kedua dengan bajet sebanyak £167,020,320. Sementara Liverpool pula mempunyai bajet sebanyak £97,863,304.
Dalam FIFA 20, Stan Kroenke memberikan Unai Emery sebanyak £69,759,000 untuk dibelanjakan sepanjang jendela perpindahan buat Arsenal.
Sudah pasti ada yang menjangkakan 3 pasukan baharu Premier League akan memperoleh bajet terendah bukan? Jawapannya adalah tidak.
Hanya Sheffield United dan Norwich City sahaja yang menduduki tangga ke-20 dan juga ke-19 dengan masing-masing mempunyai bajet sebanyak £17,072,210 dan £23,756,544.
Satu lagi pendatang baharu liga iaitu Aston Villa mempunyai bajet sebanyak £35,661,552 dengan meletakkan mereka ditangga ke-12.
Untuk beberapa edisi kebelakangan ini, perasaan pemain FIFA terutamanya pencinta Career Mode sering dipermainkan oleh EA Sports.
Mod yang satu ketika menjadi kegilaan para pemain FIFA mula suram sejak EA Sports menjadikan FIFA Ultimate Team (FUT) sebagai taruhan utama mereka.
Namun kini untuk siri FIFA 20, EA Sports telah memberikan beberapa penekanan dengan memperkenalkan dialog interaktif, kemudahan untuk mereka wajah pengurus sendiri dan sebagainya.
Berikut merupakan kedudukan penuh pasukan Premier League dengan nilai bajet perpindahan mereka di Career Mode FIFA 20:
- Manchester United – £167,488,480
- Manchester City – £167,020,320
- Liverpool – £97,863,304
- Chelsea – £86,145,024
- Tottenham Hotspur – £72,000,000
- Arsenal – £69,759,000
- West Ham United – £48,556,460
- Everton – £48,214,048
- Leicester City – £42,500,052
- Wolverhampton Wanderers – £36,408,780
- Watford – £36,408,780
- Aston Villa – £35,661,552
- Bournemouth – £34,451,848
- Southampton – £33,311,012
- Crystal Palace – £32,608,472
- Brigthon & Hove Albion – £30,469,810
- Newcastle United – £23,980,018
- Burnley – £23,807,344
- Norwich City – £23,756,544
- Sheffield United – £17,072,210
Sungguh banyak wang di senarai atas! Pasukan mana anda nak urus di FIFA 20?