Kerteh FC Terapkan Elemen ‘Nikmati Bola Sepak’ Buat Pemain Cilik Mereka

Kerteh FC

Kelab komuniti Terengganu, Kerteh FC yang terkenal dengan usaha keras mereka dalam meningkatkan perkembangan bola sepak di kawasan Kerteh turut tidak melupakan pembangunan akar umbi.

Ia dibuktikan dengan kewujudan Kerteh FC Soccer School yang memberikan peluang buat pemain cilik untuk lebih dekat dengan sukan paling popular di dunia itu.

Bagi melahirkan pemain yang bermula dari peringkat akar umbi, beberapa elemen menarik diterapkan pihak pengurusan dan kejurulatihan Kerteh FC dalam usaha menjayakan misi ini.

Berdasarkan posting terbaru di laman Twitter Kerteh Football Club, kelab tersebut menekankan elemen yang menyeronokkan dan tidak terlalu memberikan tekanan terhadap pemain cilik ini.

Antara yang dikongsikan oleh Kerteh FC adalah ‘enjoy’ bermain untuk diri sendiri dan bukan semata-mata untuk menggembirakan ibu bapa atau jurulatih. Ia membawa maksud pemain-pemain ini dididik untuk bermain bola sepak sepenuh jiwa [kehendak sendiri] dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Selain itu, pemain-pemain ini juga dilatih untuk belajar dan menghormati peraturan permainan dan peraturan kumpulan. Ini sekaligus dapat menjadi pembelajaran secara tidak langsung buat mereka supaya lebih peka terhadap peraturan dan memupuk adab serta kerjasama berada dalam satu pasukan.

Dalam masa yang sama, para pemain juga akan lebih memiliki sikap hormat-menghormati sesama rakan sepasukan.

Elemen santai serta memberikan banyak pengajaran berguna yang dipraktikkan oleh kelab komuniti ini dilihat mampu menjadi petunjuk jelas bagi menarik minat pemain cilik dalam mengajar mereka lebih menghargai dan menikmati bola sepak dari peringkat awalan.

Kredit foto: Kerteh FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN