“Baik Masukkan Zhafri!” – Aksi Buruk Liridon Krasniqi ‘Bunuh’ Tempo Permainan Malaysia

Lirodon Krasniqi Malaysia Harimau Malaya

Berdasarkan persembahan ‘menyakitkan hati’ yang ditunjukkan oleh Liridon Krasniqi dalam aksi persahabatan Tri-Nations Series menentang Filipina, masihkah wajar untuk Malaysia terus bergantung kepada program naturalisasi?

Selepas Harimau Malaya mendahului dua gol hasil jaringan Akhyar Rashid pada separuh masa pertama, ketua jurulatih Kim Pan-gon memasukkan pemain tengah kelab Liga Super India, Odisha FC tersebut pada babak kedua menggantikan Safiq Rahim dan diharapkan dapat berfungsi untuk menggerakkan serangan.

Namun pendekatan Liridon yang lebih banyak ‘menggentel’ bola dan melakukan hantaran-hantaran yang tidak tepat telah menyebabkan skuad negara kehilangan bola sekaligus membuatkan tempo permainan pasukan terganggu.

Kredit Foto: FAM

Untuk cuba berlaku adil, mungkin kita boleh mengatakan turun naik prestasi adalah perkara biasa buat mana-mana pemain bola sepak. Maka ia tidak terkecuali buat pemain naturalisasi negara seperti Liridon serta dua yang lain iaitu Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula.

Tetapi jika disingkap semula rekod Liridon yang telah beberapa kali diturunkan bersama skuad kebangsaan, tidak keterlaluan untuk mengatakan tiada satu pun persembahannya yang memberikan impak yang berkesan dan memuaskan hati.

Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang ditugaskan untuk ‘menyiasat’ punca kegagalan skuad negara ketika beraksi di saingan Piala AFF 2020 telah menyenaraikan pemilihan pemain naturalisasi sebagai salah satu faktor.

‘Naturalisasi Jadi Punca’ – Salah Satu Penemuan Badan Penyiasat Punca Harimau Malaya Bungkus Awal Di Piala AFF

Maka dicadangkan agar pemilihan pemain dibuat berdasarkan pengkalan data diwujudkan bagi membuat pemantauan dan pemilihan pemain berdasarkan evidence based dan prestasi semasa.

Ini termasuk memastikan pemain-pemain yang terpilih mendapat minit permainan yang menepati keperluan asas, dan langkah-langkah susulan jika terdapat kekurangan daripada aspek berkenaan.

Oleh yang demikian skuad Harimau Malaya perlu memiliki pool of player’ yang lebih besar serta menyeluruh meliputi semua kelab dan ini sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pemain-pemain dari sesuatu kelab.

Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan pemerhati yang menyaksikan perlawanan ini melihat bahawa hakikatnya lebih banyak pemain-pemain lain di posisi sama yang menampilkan prestasi jauh lebih baik daripada Liridon sejak tirai Liga Malaysia bermula pada musim ini.

Antaranya adalah pemain tengah Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya yang disenaraikan buat kali pertama bersama skuad kebangsaan, namun tidak diberi peluang untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Filipina ini.

Pemain berusia 27 tahun tersebut telah pun menjaringkan dua gol bersama pasukannya di kancah Liga Super pada musim ini. Malah kemampuannya untuk beraksi di beberapa posisi berbeza menjadikannya sebagai aset penting buat Bojan Hodak.

Beliau turut diakui sebagai antara pemain tempatan paling konsisten pada musim lepas sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menyumang gol untuk membantu KL City menjulang kejuaraan.

Kita mempunyai seorang pemain kelahiran Malaysia yang telah membuktikan beliau bermain dengan sepenuh hati bersama pasukannya. Diharapkan untuk aksi berdepan Singapura selepas ini Zhafri Yahya diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN