Bagaimanakah Perlaksanaan Undian Piala Dunia Sepanjang Zaman? Bahagian III

Bahagian ketiga perlaksanaan undian Piala Dunia diteruskan lagi untuk edisi 1962, 1966 dan 1970. Ketiga-tiga kejohanan ini menyaksikan format 16 pasukan dikekalkan. Tuan rumah kejohanan pada 1962 ialah Chile.

England pula menjadi hos pada Piala Dunia 1966. Kemudian, buat julung kalinya, Mexico menjadi negara selain Eropah dan Amerika Selatan menganjurkan Piala Dunia pada 1970.

1962

Perlawanan sewaktu Piala Dunia 1962.

52 negara mencuba nasib merebut 14 slot untuk Piala Dunia di Chile ini. Brazil selaku juara bertahan telah diberikan slot automatik. Begitu juga dengan Chile selaku tuan rumah. Bulgaria dan Colombia membuat penampilan sulung.

Tetapi, wakil Afrika dan Asia tidak dapat meloloskan diri dari pusingan kelayakan ini. Ini kerana mereka diberikan slot play-off yang terpaksa masing-masing bertemu wakil Eropah. Agak tidak adil, bukan?

16 pasukan ini diasingkan kepada 4 pots. Selain Brazil dan Chile, Uruguay dan Argentina diletakkan dalam pot pertama. Dua lagi pot dihuni oleh pasukan dari Eropah. Pot terakhir pula menyaksikan Bulgaria dan Colombia dimasukkan bersama Switzerland dan Mexico.

Tuan rumah diletakkan dalam Kumpulan 2 bersama Jerman Barat, Switzerland dan Itali. Juara bertahan, Brazil pula diletakkan bersama Czechoslovakia, Mexico dan Sepanyol di Kumpulan 3.

Brazil mempertahankan Piala Dunia dimenanginya sebelum ini dengan menewaskan Czechoslovakia dengan 3 gol berbalas 1.

1966 – Beraksi di tanah kelahiran bola sepak moden

Sesi undian Piala Dunia 1966 sebelum dijalankan di London, England. Sumber: Google.

Sekali lagi, ukuran geografi digunakan sebagai penentuan balang untuk undian kali ini. Balang 1 memperuntukkan pasukan Amerika Selatan. England diletakkan dalam Balang 2. Balang 2 dan 3 menyaksikan negara Eropah. Balang 4 disertai negara-negara selain Eropah dan Amerika Selatan.

74 negara merebut 14 slot ke Piala Dunia kali ini. Portugal dan Korea Utara muncul sebagai pasukan terbaru yang tampil ke kejohanan berprestij ini.

Buat pertama kalinya, undian ini diadakan secara siaran langsung di kaca televisyen. Acara undian ini diadakan di Royal Garden Hotel, London.

England diundi bersama Uruguay, Mexico dan Perancis. Brazil selaku juara bertahan pula diundi bersama Portugal, Hungary dan Bulgaria.

England menjadi juara di hadapan penyokong sendiri di Wembley dengan menewaskan Jerman Barat 4-2. Ya, salah satu gol mereka kontroversi dan dikenang sepanjang zaman.

1970 – Pertama di Amerika Utara

Hasil undian Piala Dunia 1970. Sumber: Google.

Di samping masih mengekalkan konsep geografi dalam penyediaan balang, FIFA elakkan isu geopolitikal semasa kejohanan berlangsung. Oleh sebab itu, Israel dan Maghribi tidak diundi menentang satu sama lain. Selain dua negara disebutkan tadi, El Salvador turut muncul pertama kali untuk kejohanan ini.

Namun, terdapat sedikit perbezaan ketara. Balang pertama diletakkan sebagai balang pasukan Eropah, sebelum ini ia milik balang pasukan Amerika. Maka dengan itu, ia dialihkan kepada balang kedua. Balang ketiga dan keempat masih kekal seperti undian 1966.

Semasa proses dijalankan di Maria Isabel Sheraton Hotel, Mexico diundi bersama Soviet Union, Belgium dan El Salvador. Mexico boleh berbangga kerana pencapaian mereka mara ke suku akhir. Dendam Jerman Barat terbalas mereka menyingkirkan England pada suku akhir.

Namun begitu, Jerman Barat tewas kepada Itali dalam perlawanan separuh akhir. Brazil meraih kejayaan hatrik dengan menumbangkan Itali dengan 4-1.

Penutup

Bahagian keempat nanti pula akan membawakan kisah-kisah menarik sepanjang undian kejohanan 1974, 1978, 1982 dan 1986. Bermacam ragam yang akan dihidangkan khas untuk anda semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN