Michael Carrick Ditawarkan Sertai Barisan Kejurulatihan Jose Mourinho Di Manchester United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan bahawa pemain tengah kelab itu iaitu Michael Carrick akan ditawarkan peranan sebagai jurulatih di kelab berkenaan selepas persaraan.

Pada Jumaat lalu, Carrick telah mendedahkan bahawa dirinya telah menjadi satu prosedur untuk membetulkan ritma jantung.

(Photo by Boris Streubel – UEFA/UEFA via Getty Images)

Pemain berusia 36 tahun itu tidak beraksi sejak September lalu. Namun kini Carrick dilaporkan telah mulai menyertai latihan dan dijangka akan kembali menyertai skuad utama Manchester United menjelang perlawanan menentang CSKA Moscow di Old Trafford pada bulan hadapan.

Mourinho menegaskan tidak ada keperluan untuk mempercepatkan kepulangan Carrick ke skuad utama.

Mourinho juga menyatakan bahawa pemain yang dinamakan sendiri oleh beliau sebagai kapten pasukan itu akan mempunyai tempat di dalam barisan kejurulatihan kelab pada bila-bila masa selepas persaraan.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Mourinho memandang tinggi kepada peribadi Carrick dan dipetik sebagai berkata:

“Michael sebagai seorang individu adalah lebih penting daripada Michael sebagai seorang pemain. Kami memberikan masa kepada beliau untuk berehat, untuk kembali sembuh dan mengumpul kembali keyakinan. Begitu juga untuk Michael membuat keputusan untuk terus bermain dan keputusan untuk bersara.”

“Beliau tahu bahawa dirinya diperlukan sebagai jurulatih di sini jika beliau mahu dan bila-bila masa sahaja beliau mahukan. Saya mahukan Michael. Lembaga pengarah juga berkata begitu. Pemilik kelab juga bernada serupa.”

“Oleh itu pada pendapat saya, Michael harus tenang dengan keadaan tersebut bila tiba masanya. Masa depan Michael ialah untuk terus berada di kelab ini. Buat masa ini Michael mahu tampil sebagai pemain sehingga ke penghujung musim.”

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Carrick menyambung kontrak selama setahun pada musim panas yang lalu dan kontrak sebagai pemain bersama Manchester United akan tamat pada penghujung musim 2017-18.

Satu perlawanan testimoni turut diadakan untuk Michael Carrick selepas menyertai kelab Old Trafford itu pada 2006 daripada Tottenham Hotspur.

Carrick telah tampil dalam 460 perlawanan untuk Manchester United, dan menjuarai 12 kejuaraan utama termasuk 5 gelaran Liga Perdana Inggeris dan juga UEFA Champions League bersama United.

Untuk musim ini, Carrick hanya telah muncul dalam 1 perlawanan, ketika membantu United menewaskan Burton Albion 4-1 dalam pertandingan Piala Carabao pada September lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN