Semua orang tahu dalam satu atau dua musim kebelakangan ini Manchester United telah ‘kehilangan’ Paul Pogba. Malah kerap kali timbul spekulasi pemain tengah Perancis tersebut mendesak untuk meninggalkan Old Trafford.
Namun secara tiba-tiba, pemenang Piala Dunia 2018 itu seperti bangkit dari lamunan yang panjang dalam beberapa perlawanan terakhir United termasuk ketika beliau menjaringkan gol menarik ketika menewaskan Fulham tempoh hari.
Jika ada pihak yang perlu diberi kredit di atas usaha untuk mengembalikan prestasi terbaik Pogba, individu tersebut tentulah pengurus United sendiri iaitu Ole Gunnar Solskjaer yang begitu cekal menahan kesabaran melayan kerenah anak buahnya itu.
Pendekatan Solskjaer yang tenang dan tidak pernah melemparkan sebarang kritikan secara terbuka kepada pemainnya terutamanya Pogba walapun pemain berkenaan teruk dikecam oleh pelbagai pihak menjadi kunci kepada hasil yang dikecapinya pada hari ini.
Sekalipun tidak dinafikan Jose Mourinho adalah seorang jurulatih yang hebat dan berkarisma, namun jelas pendekatannya yang sering berkonfrontasi dengan pemain sepanjang mengendalikan United telah ‘memakan’ diri.
Jurulatih warga Portugal itu beberapa kali mencipta ‘permusuhan’ dengan pemainnya sendiri seperti Luke Shaw, Anthony Martial, Marcus Rashford, Henrikh Mkhitaryan, Chris Smalling, Andreas Pereira dan tentu sekali Paul Pogba.
JUST IN! 😳
Frosty footage just in from @ManUtd's training session between Paul Pogba and Jose Mourinho… ❄️
What has been said between the pair this morning? 👀 pic.twitter.com/nRiTEgDJlH
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 26, 2018
Sebaliknya Solskjaer seawal hari pertamanya mengambil alih pasukan sebagai pengurus sementara telah berjaya mengubah suasana dalam kem United sehingga mencatat keputusan-keputusan positif dengan menang 14 daripada 19 perlawanan awalnya.
Beliau juga sukar untuk memberi kenyataan-kenyataan kontroversi dan karakternya yang tenang itu jelas sudah cukup untuk semua pemain The Red Devils menghormatinya selaku ‘bapa’ di dalam pasukan termasuklah ‘budak nakal’ Pogba.
Pengurus warga Norway itu baru-baru ini mengakui beliau langsung tidak terkejut dengan peningkatan prestasi Pogba kerana tidak pernah meragui kemampuan pemain berusia 27 tahun itu untuk kembali ke tahap terbaiknya.
Sungguhpun Manchester United telah membeli Donny van de Beek pada awal musim ini, namun beliau terus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Pogba untuk membarisi kebelasan utama pasukan.
🗣 "He does everything"
Ole Gunnar Solskjaer praises Paul Pogba after his recent displays for Manchester United pic.twitter.com/aVGkQ8m2zz
— Football Daily (@footballdaily) January 21, 2021
Baginya apa yang penting dalam pemain tersebut mengekalkan tahap disiplin yang baik di atas padang dan terus berada keadaan cergas untuk setiap perlawanan,
“Dia telah lakukan segalanya, kami tahu Paul boleh berikan kami lebih daripada ini. Saya lihat dia kini sangat menikmati permainannya, dia gembira dari segi mental dan fizikal,” ujar Solskjaer.
“Kami tak pernah meragui bakatnya dan hari ini kami mendapat hasil terbaik darinya.”
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba dan Manchester United:
Pogba: Untuk Terus Kekal Di Atas, Manchester United Perlu ‘Angkuh’
Rene Meulensteen: Paul Pogba Tak Memenuhi Tahap Yang Diharapkan Man Utd
United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial, Pogba, De Gea & Shaw