Bagaimana Bola Rasmi Piala Dunia 2022 Bantu Pengadil Buat Keputusan Ofsaid Lebih Tepat

Semi Automated Offside Technology

Tahun 2022 menyaksikan satu lagi kehadiran teknologi dalam bola sepak akan diperkenalkan.

FIFA akan memperkenal teknologi yang bakal membantu pengadil mengesan situasi ofsaid dengan lebih baik menerusi Semi Automated Offside Technology.

Akan digunakan secara rasmi pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar, teknologi ini dijangka bakal membuatkan panggilan ofsaid menjadi lebih tepat terutamanya apabila ianya sungguh sukar untuk ditentukan (tight call).

Teknologi ini akan menggunakan bola sebagai pembantu utama, tetapi bagaimana ianya dilakukan?

Lebih pantas, lebih tepat

Teknologi yang dibangunkan oleh FIFA ini menjadikan bola perlawanan sebagai tunjang utama.

Dalam bola rasmi Piala Dunia 2022, Al Rihla, terdapat sebuah penderia gerakan (motion sensor) yang diberi nama Suspension System bertujuan untuk membantu Video Assistant Referee (VAR) untuk bertindak dengan lebih tepat.

Diletakkan di tengah-tengah bahagian bola, ianya membantu untuk menstabilkan unit ukuran inersia (Inertial Measurement Unit) kepada 500Hz.

Kestabilan tersebut bakal membuatkan data pergerakan bola boleh diperoleh dengan cukup baik dan ini akan berlaku tanpa disedari oleh pemain yang sedang beraksi.

Ianya juga akan membantu pengadil menganalisa kedudukan pemain di padang sewaktu perlawanan berlangsung.

Dengan adanya teknologi ini, ianya akan membantu pengadil VAR untuk melakukan semakan data secara langsung. Pengadil VAR akan memperoleh informasi 500 kali per saat lebih tepat dan ianya secara langsung sewaktu pemain melakukan sentuhan pada bola.

Teknologi ini bakal membantu pengadil melakukan keputusan terhadap situasi ofsaid dengan lebih pantas dan tepat terutamanya ketika tight call.

Bantuan kamera

Untuk memastikan sistem ini berjalan lancar, setiap stadium di Piala Dunia 2022 akan dipasangkan dengan 12 kamera pada bahagian bawah bumbung.

12 kamera tersebut bertindak sebagai penjejak atau tracker kepada pergerakan bola serta 29 titik tanda pada badan pemain.

Ianya berfungsi untuk menghitung dengan tepat pergerakan dan kedudukan bola dan pemain. 29 titik tanda pada badan pemain itu pula terletak pada bahagian badan yang sering terlibat dalam panggilan ofsaid seperti tangan, kepala dan lutut.

Kesemua data ini kemudiannya diproses dan dianalisa oleh Aritifial Intelligence (AI) secara langsung dan sistem ini akan sentiasa memberikan info apabila bola berada di kaki pemain yang berada di kedudukan ofsaid.

Pengadil VAR pula akan menyemak secara manual kedudukan pemain yang dipilih secara automatik oleh sistem – lengkap dengan garisan ofsaid.

Selepas menilai situasi tersebut, info akan diberikan kepada pengadil di padang menerusi headset dan panggilan ofsaid akan dilakukan.

Bagi memastikan panggilan ofsaid ini dilihat telus, ianya akan ditayangkan di skrin besar stadium dan juga televisyen dengan animasi situasi tersebut ditunjukkan.

Evolusi mutu pengadilan

Teknologi yang cuba dibawa pada Piala Dunia 2022 ini bakal menjadi evolusi kepada bola sepak.

Ianya bakal membantu pengadil melakukan keputusan tepat terhadap situasi yang cukup penting yang membezakan sama ada gol atau tidak, sesebuah pasukan itu kalah atau menang.

Penulis jelas sekali tertarik mahu melihat bagaimana teknologi ini akan digunakan sekali gus membantu meningkatkan lagi mutu pengadilan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN