Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

2 perlawanan yang lalu, Alexis Sanchez gagal memberikan sumbangan yang besar dalam perlawanan. Salah satu sebabnya adalah kerana beliau bermain sebagai false no.9.

Granit Xhaka juga gagal memberikan impak. Namun ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana Xhaka masih menyesuaikan diri dalam pasukan.

Sumbangan Xhaka & Sanchez vs Watford

Turun menentang Watford, Granit Xhaka dan Alexis Sanchez tampil memberikan persembahan yang berbeza berbanding 2 perlawanan sebelumnya.

Arsene Wenger meneruskan kepercayaannya kepada sistem false no.9 beliau walaupun ramai penyokong dan penganalisis mendesak beliau untuk menggunakan Olivier Giroud jika beliau tidak ada ‘hati’ mahu membeli penyerang baru.

Mereka juga mempertikaikan keputusan Wenger yang dianggap ‘memanjakan’ sangat pemain-pemain Piala Eropah beliau dengan memberikan rehat lebih panjang.

Sedangkan West Ham sudah mula menggunakan Dimitri Payet. Tottenham Hotspur pula sudah memberikan minit kepada ramai pemain Piala Eropah mereka.

Berbalik kepada sistem false no.9 Arsenal, memang saya ingin melihat sejauh manakah keberkesanan Alexis Sanchez menggalas tugas menjadi false no.9.

Ini bukanlah peranan baru bagi beliau, kerana di Udinese dan juga Chile, Sanchez kerap menjadi pilihan untuk bermain sebagai penyerang utama.

Analisis Alexis Sanchez

Aksi Sanchez meningkat dalam perlawanan ini berbanding dengan 2 perlawanan sebelum ini.

Ini adalah heatmap keseluruhan pasukan Arsenal dengan sistem false no.9. Sangat sedikit gerakan di dalam kotak penalti. Ini kerana mereka tidak memegang bola terlalu lama di kawasan itu.

arse

Statistik Sanchez dalam 3 perlawanan liga terakhir 

[table]
,vs Watford,vs Leicester,vs Liverpool,
Cubaan Gol,3,2,1
Gol,1,0,0,
Assist,1,0,0,
Cubaan Tepat,3,0,0,
Cubaan Tersasar,0,1,0,
Hantaran,44,58,16
Hantaran Tepat,39/(89%),48(83%),12(75%),
Hantaran Diterima,54,66,22
Peluang Dicipta,1,3,1,
Take-Ons,1/3,2/4,1/1,
[/table]

Data analisis di atas ada peningkatan dalam persembahan Alexis.

Beliau beraksi teruk sebagai false 9 ketika menentang Liverpool.

Ketika menentang Leicester, Sanchez seakan akan tidak bermain sebagai penggempur utama walaupun dia sepatutnya melakukan tugasan tersebut. Sebaliknya beliau lebih melakukan tugas second striker.

Sanchez tidak cukup berani membuat keputusan seperti penyerang sejati walaupun banyak menerima bola.

Namun, dalam aksi menentang Watford, satu perkataan yang saya boleh berikan kepada Alexis adalah berani membuat keputusan seperti penyerang sejati.

Beliau cepat melakukan penyudah dan nampak selesa dengan sistem ini.

Kehadiran Ozil membantu

Faktor kehadiran Mesut Ozil dan aksi cemerlang beberapa pemain lain di sekeliling beliau juga banyak membantu.

Alexis dan Ozil mempunyai visi hantaran yang bagus dan memahami gerakan tanpa bola antara satu sama lain. Ini antara hantaran ‘searching pass’ kepada Sanchez yang membawa kepada foul dalam kotak penalti oleh pemain Watford.

ozil sanchez

Lihat dalam rajah di bawah untuk melihat bagaimana Ozil membantu Sanchez mencipta ruang dan peluang dari zon 14.

ozil sanchez2oz2

Ini pula assist oleh Alexis dari kawasan sayap kepada Ozil yang bergerak dalam keadaan yang tidak diduga oleh pertahanan Watford.

oz ozz

Harus diingat, false 9 yang berkesan juga berupaya untuk mencipta dan membuka peluang kepada pemain lain di sekeiling mereka.

Dengan kembalinya Olivier Giroud dan kehadiran Lucas Perez selepas ini, Alexis mungkin akan kembali kepada peranan asal beliau di bahagian sayap.

Analisis Granit Xhaka

Ini adalah kepingan ‘puzzle’ yang dicari-cari oleh Arsenal selama ini – deep lying playmaker. Mereka sebelum ini mendapatkan khidmat Mikel Arteta.

Namun sayang pemain itu gagal memberikan aksi konsisten setiap minggu kerana‘peak’ karier bermain beliau yang semakin menurun.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Arsene Wenger terpaksa menggunakan khidmat Santi Cazorla sebagai deep lying playmaker. Ini kerana Arsene Wenger mahukan pemain yang ada hantaran berkualiti tinggi daripada platform tersebut.

Namun Santi bukan pemain yang bagus untuk situasi-situasi yang menuntut beliau melakukan kerja-kerja pertahanan seperti membentes, memintas bola dan juga memenangi duel dengan pihak lawan.

Dengan adanya pemain seperti Xhaka, Santi Cazorla boleh lebih aktif untuk menyerang dan tidak terlalu terikat dengan peranan di melindungi pertahanan.

Xhaka adalah pemain yang hibrid. Beliau boleh melakukan tugasan bertahan (dirty works) dan juga menjadi perancang dari bawah dalam pada masa yang sama.

Peningkatan aksi Granit Xhaka

Ini adalah statistik Granit Xhaka dalam 3 perlawanan terakhir di EPL.

[table]
,vs Watford,vs Leicester,vs Liverpool
Hantaran,73,71,25,
Hantaran Tepat,58(79%),62(87%),24(96%)
Peluang Dicipta,1,1,0,
Recoveries,9,5,1,
[/table]

Ini pula statistik Granit Xhaka dalam melakukan tugasan bertahan dalam 3 perlawanan terakhir beliau.

[table]
,vs Watford,vs Leicester,vs Liverpool,
Bentesan,2/3,4/7,1/2,
Pintasan,2,2,1,
Aerial Duels,3/4,2/2,1/1,
[/table]

Dalam jadual di atas, kita dapat melihat peningkatan kualiti persembahan oleh Granit Xhaka. Beliau tampil lebih dominan dari segi pengaruh di tengah padang dan berjaya melakukan kadar hantaran tepat yang tinggi.

Kombinasi Xhaka-Cazorla

Ini adalah gambaran formasi taktikal melibatkan double pivot Xhaka-Cazorla, di mana Xhaka akan sentiasa melindungi di back 4 dan pada masa yang sama melindungi Santi di belakang.

xhajka

Xhaka dan Cazorla bermain dalam sistem double pivot 4-2-3-1. Xhaka lebih defensif dan Cazorla lebih ofensif. Sokongan yang  berterusan di antara Xhaka-Santi ini membolehkan mereka berinteraksi dengan sangat berkesan di dalam padang.

x6

Bila dalam tekanan, Xhaka-Cazorla akan membentuk doubles six atau 2 pemain bermain peranan no.6 (defensive midfielder)

x2

Heatmap di bawah ini menggambarkan dominasi mereka berdua di bahagian tengah.

xhaka cz

Hantaran serangan Xhaka

Berdasarkan gambar di bawah, kita dapat melihat arah semua hantaran yang dilakukan Xhaka ketika menentang Watford.

passes

Daripada 61 hantaran yang beliau lakukan, 29 daripadanya (hampir 50%) meruoakan hantaran ke hadapan. Bukannya hantaran ke belakang atau ke tepi.

forward passes

Kebanyakan hantaran serangan adalah menuju ke arah Chamberlain dan Ozil di sebelah kiri. Ini memang salah satu taktikal utama Arsenal musim lalu yang gemar mengeksploitasi bahagian kiri.

Visi Xhaka sangat mengkagumkan. Contohnya dalam hantaran di bawah, beliau melancarkan hantaran radar ke Alexis Sanchez yang mencipta satu peluang untuk gol.
x9x10

Kesimpulan

Rumusan saya adalah, Sanchez adalah false 9 yang berkesan dan sangat bahaya sekiranya bermain dengan pasukan yang berkualiti seperti yang Arsenal miliki semalam.

Ozil adalah pengaruh terbesar kepada aksi Sanchez walaupun Ozil hanya dilaporkan 75% cergas.

Manakala untuk Granit Xhaka, beliau telah menunjukkan kualiti sebenar yang membawa beliau ke Arsenal dengan nilai £35 juta.

Persoalan yang berlehar kini adalah, adakah Arsene Wenger akan meneruskan Sanchez sebagai penggempur utama dalam sistem false 9 sekiranya pemain no.9 sebenar, Olivier Giroud kembali semula?

Ini belum diambil kira faktor Lucas Perez yang juga boleh mengepalai jentera serangan seperti Giroud. Ia adalah persoalan menarik untuk melihat pengurusan pasukan Arsenal musim ini.

Baca juga: Arsene Wenger Beri Sebab ‘Kedekut’ Beli Pemain, Arahkan Scouts Cari Pemain Di Liga Bawahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN