Arsene Wenger Beri Sebab ‘Kedekut’ Beli Pemain, Arahkan Scouts Cari Pemain Di Liga Bawahan

Ketika karier pengurusan Arsene Wenger sedang menuju ke penghujungnya, beliau sedang sibuk membina masa depan untuk Arsenal.

Wenger yang sedang memasuki tahun terakhir dalam kontraknya mengakui berasa ‘takut’ dengan prospek persaraan yang bakal dihadapinya.

Beliau secara terus terang memberitahu tidak akan mampu menyesuaikan dirinya sebagai seorang pesara sebaik Sir Alex Ferguson.

Wenger memberitahu:

“Bila saya tanya dia (Alex Ferguson) sama ada dia rindukan karier pengurusan atau tidak, dia jawab: langsung tidak.”

“Saya tak faham. Bila saya bersara nanti, saya tak dapat bayangkan kekosongan hidup saya nanti. Sepanjang hidup saya dihabiskan dengan menanti perlawanan seterusnya dan cuba memenanginya.”

Wenger

Namun disebalik menjelang persaraannya, Wenger sedang merancang sesuatu untuk meninggalkan legasinya. Legasi ini adalah untuk pengurus Arsenal selepasnya.

Caranya adalah dengan mengarahkan skuad pencari bakat turun ke liga bawahan England dan mencari bakat-bakat muda yang berpotensi.

Ketika pasukan-pasukan Premier League yang lain sedang rancak berbelanja dengan membeli pemain-pemain bintang, Wenger pula baru berbelanja besar sekali – dengan membeli pengganti Mikel Arteta, Granit Xhaka.

Pendekatan Wenger yang dilihat sebagai ‘kedekut’ ini nyata merisaukan penyokong Arsenal.

Namun Wenger sudah bersiap-sedia dengan hujah mengapa beliau ‘kedekut’.

Perubahan terbesar bola sepak: kuasa agen pemain

Ketika ditemuramah oleh bekas pengurus Charlton Athletic, Alan Curbishley, Arsene Wenger turut mendedahkan hujah mengapa beliau berasa keberatan untuk berbelanja besar selain kerisauan yang hidupnya akan ‘kosong’ selepas bersara nanti.

Temuramah tersebut yang dikumpulkan dalam buku yang bertajuk ‘Game Changer’ menampilkan koleksi temuramah Alan Curbishley bersama pemain, jurulatih dan pengurus yang mengubah bola sepak.

Selain Wenger, antara yang turut ditemuramah dalam buku tersebut adalah Harry Kane, Alex Ferguson, Ryan Giggs dan Harry Redknapp.

Di dalam buku tersebut, Wenger disoal apakah perubahan yang paling ketara di antara waktu sekarang berbanding dengan waktu ketika beliau mula-mula tiba di Arsenal pada 1996.

Jawapannya adalah: kuasa agen bola sepak.

Pemain muda yang sudah jutawan ‘tidak lapar’

Bagi Wenger, agen bola sepak telah membunuh ‘rasa lapar’ pemain muda untuk mendapatkan tempat dalam pasukan dan berusaha menjadi pemain terbaik.

“Saya habiskan hampir seluruh hidup saya untuk memastikan pemain cukup makan dengan gaji mereka.”

“Namun apabila agen bola sepak memastikan mereka mendapat gaji yang terlalu banyak sebelum masanya, ia akan membunuh rasa ‘lapar’ pemain untuk berjaya.”

Wenger menjadi risau kerana sudah menjadi kelaziman pada ketika ini pemain-pemain muda berumur 17 hingga 18 tahun sudah menjadi jutawan sebelum mereka melakukan penampilan pertama.

“Ketika Ian Wright mendapat pendapatan £1 jutanya, beliau sudah menjaringkan banyak gol dan mengorbankan jiwa-raganya demi pasukan. Pemain muda kini belum lagi bermain sudah jadi jutawan.”

ian-wright-snapshot

Mengarahkan pencari bakat turun ke English Football League

Untuk mencari pemain-pemain yang lapar ini, Wenger telah mengarahkan skuad peninjau bakatnya (diketuai oleh Steve Rowley) untuk turun mencari permata baru liga divisyen kedua England, Football League (EFL).

Wenger memberitahu:

“Saya mengarahkan skuad pencari bakat saya ke EFL kerana saya mahu pemain yang menonton perlawanan Champions League pada malam Rabu dan berkata: saya mahu bermain lawan Real Madrid dan Barcelona.”

Tindakan Wenger ini menjelaskan sebab beliau membeli pemain muda berbakat di EFL iaitu Rob Holding dari Bolton Wanderers.

Rob Holding (gambar bawah) berusia 20 tahun dan merupakan pertahanan tengah utama Bolton pada musim lepas dan skuad bawah 21 tahun England.

Arsenal-new-signing-Rob-Holding

“Saya berfikir dengan dengan cara sebegini (membeli pemain dari liga bawahan), maka akan ramai pemain dari liga bawahan akan bersaing untuk mendapatkan tempat mereka di liga lebih tinggi.”

Wenger juga merasakan pemain muda akademi Arsenal, di mana kelab London itu telah bermain di UEFA Champions League untuk 17 musim berturut-turut, tidak lagi berasa ‘lapar’.

Football Soccer - Arsenal v Dinamo Zagreb - UEFA Champions League Group Stage - Group F - Emirates Stadium, London, England - 24/11/15 Arsenal team group before the match Action Images via Reuters / Matthew Childs Livepic EDITORIAL USE ONLY.

Wenger berpendapat pemain muda Arsenal sudah merasakan bermain di kejohanan itu bukan lagi impian mereka. Sebaliknya perkara yang biasa.

Hasil temuramah Wenger ini adalah peringatan keras kepada pemain-pemain muda akademi Arsenal dan kelab-kelab lain.

Ia juga peringatan kepada penyokong Arsenal bahawa perkara pertama yang Wenger cari dalam semua pemain-pemainnya adalah – adakah mereka betul-betul ‘lapar’ untuk bermain dengan Arsenal?

 Baca juga : Mahrez Terus Dikaitkan Dengan Arsenal, Ranieri Memberikan Respon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN