Quantcast

BERITA

Rasmi: Manchester United Menandatangani Paul Pogba dengan Rekod Baru Perpindahan Dunia

Laman web dan media sosial rasmi Manchester United telah menggunakan kempen #REUNITED dan #POGBACK untuk meraikan kepulangan semula Paul Pogba.

FB_IMG_1470706817966

Juventus akhirnya menerima bidaan €110 juta atau £89 juta untuk pemain tengah itu. Ia sekaligus mencatat rekod baru dalam perpindahan bolasepak dunia.

Rekod sebelum ini milik Gareth Bale yang berhijrah dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid dengan nilai £85.3 juta.

Pecahan £20 juta daripada penjualan Pogba akan dibayar kepada Mino Raiola, atas kapasiti bayaran perkhidmatan agent.

1649335-34984644-640-360

Paul Pogba sebelum ini dilepaskan ke Juventus pada 2012 dengan nilai €800 ribu selepas Pogba kecewa tidak bermain lebih banyak aksi dalam pasukan utama Manchester United

Pada musim 2011/12, Pogba cuma tampil dalam 7 penampilan bersama United. Kesemuanya adalah sebagai pemain simpanan.

Ryan-Tunnicliffe-Jesse-Lingard-Paul-Pogba-and-Ravel-Morrison

Selepas menyertai Juventus, Pogba meningkat mendadak sebagai antara bakat yang mendapat perhatian dunia selepas membantu Juventus menjulang 4 kejuaraan Serie A Itali dan 2 Coppa Italia.

Paul-Pogba-Juventus

Pogba juga pemain utama dalam skuad kebangsaan Perancis. Pogba membantu Perancis menjadi naib juara Piala Eropah 2016.

Real Madrid antara kelab yang turut mahukan khidmat Pogba, namun pemain ini jelas lebih menghala ke England.

Pengurus Juventus, Alleggri merasakan Pogba tidak patut ke Real Madrid atau Barcelona kerana beliau akan dibayangi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Allegri gembira Pogba memilih United kerana beliau akan menjadi pemain yang hebat di United dan Liga Perdana Inggeris.

Pogba Teruja Untuk Kembali!

“Saya amat gembira untuk menyertai semula United. Ia sentiasa menjadi kelab yang istimewa di hati saya dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan José Mourinho.”

“Saya telah menikmati setiap detik saya di Juventus dan ada beberapa kenangan hebat bersama kelab yang hebat bersama-sama pemain yang saya anggap sebagai rakan-rakan saya.”

pogba merci thumb

“Tetapi saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke Old Trafford. Saya sentiasa suka bermain di hadapan peminat di sini dan tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada pasukan.”

“Ini adalah kelab yang tepat untuk saya mencapai semua yang saya mahukan dalam bolasepak. ”

Jose Mourinho pula berkata:

“Paul adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dan akan menjadi bahagian penting dalam pasukan United dalam usaha saya untuk membina masa depan di sini.”

“Beliau tangkas, kuat, boleh menjaringkan gol dan boleh membaca permainan lebih baik daripada ramai pemain lebih berpengalaman daripada beliau.”

“Pada 23, dia mempunyai peluang untuk mengukuhkan kedudukan di sini pada tahun-tahun beliau di sini.”

“Dia masih muda dan akan bertambah baik. Beliau mempunyai peluang untuk menjadi nadi kepada kelab ini dalam dekad ini dan seterusnya.”

Baca juga: 5 Perkara Daripada Perlawanan Manchester United v Leicester