Analisis Taktikal EPL 2016/2017: Man City Tumbangkan Man United

Permulaan

Manchester United turun dengan formasi 4-2-3-1. Mereka menurunkan Lingard dan Mkhitaryan di bahagian sayap. Manakala Manchester City turun dengan formasi 4-3-3. Ihenacho menjadi penggempur utama.

Bravo Sebagai GK-Sweeper

Lupakan dahulu beberapa aksi tangkapan lemah dan beberapa aksi gugup beliau. Kita fokus kepada sumbangan beliau secara formasi dan taktikal.

Bravo menjadi sebahagian daripada outfield players dalam organisasi Manchester City di blok rendah. Di bawah ini adalah heatmap Bravo vs. De Gea dan anda boleh nampak perbezaan yang ketara.

de

Pada musim lalu, laporan opta ini menunjukkan Bravo keluar dari kawasan gol dengan purata jarak yang hampir sama dengan Manuel Neuer.

pta

Ia aksi yang agak gugup daripada Bravo, gagal menangkap bola setelah keluar dari jarak yang terlalu jauh sedangkan ada pemain pertahanan yang cukup untuk memenangi bola.

hd-zlatan-ibrahimovic_1ueax6qqpjxgl1cm68mgp9jqa6

Kemudiannya, beliau hampir menghadiahkan United gol kedua pada hujung babak separuh masa pertama. Tidak cukup dengan itu terpaksa melakukan tackle berisiko ke atas Rooney.

Pertahanan Manchester United

Ada dua fasa taktikal mereka ketika bertahan. Pada separuh masa pertama mereka jelas mengarahkan Bailly untuk mengeluarkan Ihenacho daripada final third dengan segera.

Ada beberapa situasi, Bailly seakan-akan menjejak Iheanacho. Kesannya, banyak ruang yang berjaya dicipta oleh City setiap kali Bailly cuba mengenakan tekanan ke atas Iheanacho.

Bailly terlalu awal keluar daripada posisi beliau. Ia pendekatan yang memang kurang berkesan. Mourinho mungkin mahu memastikan Iheanacho tidak mendapat bola kerana pemain ini di half-space atau tengah.

Ini kerana Iheanacho akan membuka permainan ke kawasan lain. Itu adalah teori saya. Apabila bola di diberikan kepada Iheanacho, beliau akan melepaskan 2 pemain utama iaitu Nolito dan De Bruyne.

ihe

Semakin jauh Iheanacho masuk ke dalam semakin bahaya ancaman daripada pemain lain. Dalam erti kata lain, Iheanacho bukan tipikal target man yang akan melakukan cubaan terus atau mencari gol apabila diberikan bola.

Ia mungkin hasil daripada analisis pra perlawanan pasukan Mourinho.

Lihat rantaian hantaran Manchester City di bawah ini. Jelas sekali Iheanacho banyak berinteraksi dengan Nolito selepas menerima bola daripada David Silva. Fokus serangan mereka berpusat di bahagian kiri.

cr_vdv9wcaaq8bu

Sebagai tambahan, Iheanacho memang akan cuba memenangi bola seperti decoy no.9 dan menghantar ke pemain di sekitar beliau dengan segera. Ia adalah cara mereka mendapat gol pertama.

Kesimpulannya di sini, Mourinho sudah mengkaji potensi taktikal ini namun cara beliau menanganinya amat berisiko. Lingard dan  Mkhitaryan amat lemah sumbangan untuk membantu pertahanan.

Di bawah ini saya sertakan beberapa aksi Bailly yang agresif untuk keluar awal dari kawasan beliau untuk ‘mengeringkan’ (drying) ancaman daripada Iheanacho.

2

10

14

Pada separuh masa kedua, Bailly lebih fokus kepada zonal marking dan tidak keluar terlalu awal mematikan ancaman. Mereka bertahan lebih baik cuma masalah United adalah Valencia yang masih terlalu ofensif.

15

Manchester City Ultra Offensive Tactic

Pep Guardiola bertahan dengan sistem 4-1-4-1 namun menyerang dengan cuba untuk membentuk 3-2-5 atau 2-3-5 untuk ultra offensive.

Sekali lagi Kolarov dan Sagna diarahkan bermain false fullback atau fullback yang masuk (tuck in) ke kawasan half-space ketika platform 3-2-5 atau 2-3-5.

Di bawah saya berikan lakaran ringkas bagaimana mereka membentuk formasi 2-3-5 atau 3-2-5 dengan false fullback dalam perlawanan ini.

false

9

12

Taktikal United Pada Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua, Mourinho menukar 4-2-3-1 kepada 4-3-3 dengan mengarahkan Rooney dan pemain gantian Rashford bermain di sayap dalam sistem attacking 3.

Ini untuk menyuntik lebih kreativiti, kelajuan dan juga hantaran lintang. Selepas mereka melihat kegugupan Bravo dalam berhadapan bola tinggi.

Manchester United meningkatkan jumlah hantaran lintang mereka hampir 3 kali ganda daripada separuh masa pertama. Di bawah ini adalah laporan chalkboard hantaran lintang United untuk separuh masa pertama dan separuh masa kedua.

Hanya 6 hantaran lintang pada separuh masa pertama.

cross

Dan sejumlah 17 hantaran lintang dilakukan United pada separuh masa kedua.

crosss

Namun begitu, hasilnya masih lemah walaupun mereka berjaya menghadirkan ancaman secara teknikal dengan mengarahkan pemain-pemain yang berfizikal besar seperti Fellaini dan Pogba untuk masuk ke kawasan gol lawan untuk menerima hantaran lintang.

16

Dalam sistem ini, Wayne Rooney adalah pemain yang paling penting. Beliau mungkin pemain terbaik United pada perlawanan ini dari segi sumbangan taktikal.

Lihat rantaian hantaran di bawah ini. Rooney adalah fokal kepada taktikal United dan menjadi penghantar utama ketika United mengalihkan taktikal kepada sistem yang lebih Inggeris dengan hantaran lintang dari arah sayap.

cr_wayfwyaamdvj

rooney

Kelemahan utama United adalah kualiti hantaran mereka. Hanya satu hantaran yang berjaya dihantar untuk pemain yang berada di dalam kotak penalti sepanjang perlawanan ini walaupun mereka ada deretan hantaran lintang dan hantaran yang mencipta peluang.

utd

Verdict

Ia pertarungan taktikal yang menarik sepanjang perlawanan. Separuh masa pertama Manchester City lebih dominan, namun di separuh masa kedua mereka dipaksa lebih bertahan.

Manchester United tidak menurunkan pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama. 2 pemain sayap mereka gagal beraksi dengan baik.

Terlalu ramai pemain yang beraksi di bawah par dalam pasukan United pada separuh masa pertama berbanding dengan pemain-pemain City yang beraksi baik di kesemua bahagian.

Pep Guardiola masih dengan pendekatan ultra offensive dalam Juego Di Posicion.

Namun begitu pemain-pemain pertahanan City masih belum cukup komprehensif dalam melakukan build up daripada penjaga gol walaupun mereka kelihatan semakin baik.

Ada banya build up dari belakang mereka gagal dilakukan dengan baik.

Fernandinho dan Otamendi adalah pemain penting yang beraksi cemerlang untuk menafikan kemaraan United dalam perlawanan ini.

Manchester City selayaknya memenangi perlawanan ini dan hari ini Manchester Is Blue!

Man Of The Match

Kevin De Bruyne (Manchester City)

kdb

Statistik

stat

Baca juga:
Previu EPL: 5 Perkara Penting Menjelang Perlawanan Pertama Derby Manchester 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN