Jika disebut nama Badhri Radzi atau mesra dipanggil Piya, pastinya semua penyokong bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) mengenali diri beliau yang boleh dianggap antara pemain terbaik sewaktu zaman kegemilangan Kelantan.
Ketika era kegemilangan Kelantan pada tahun 2012, Badhri tampil selaku antara tonggak utama kekuatan pasukan tersebut yang menyaksikan kelab itu merangkul gelaran treble.
Kelantan’s 2012 treble winning squad: Where are they now? https://t.co/CxoU4vq1iH pic.twitter.com/DAjfUpBlwA
— FourFourTwo 🇲🇾 (@FourFourTwoMY) November 23, 2017
Menerusi kualiti kawalan bola dan teknik hantaran yang sangat baik, Badhri sering menyebabkan pasukan lawan kucar kacir di bahagian pertahanan untuk mengepung dirinya serta sangat kreatif mengatur serangan.
Sehingga kini nama Badhri masih lagi kekal menjadi sebutan segelintir penyokong bola sepak tempatan, kerana aksinya sebelum itu masih dikenang sebagai antara yang terbaik dalam bola sepak negara.
Ketika ditanya, Badhri sendiri mengakui beliau masih merindui detik kegemilangan Kelantan ketika itu yang berjaya merangkul tiga trofi utama sekali gus menjadi antara pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga-M).
Tampil Bojan Hodak ketika itu yang menjadi pengendali Kelantan disifatkan Badhri berjaya membentuk suatu gandingan terbaik buat pasukan untuk membenam cabaran lawan.
🎮 Already 4-0 up, Badhri Radzi adds the ultimate FINISH HIM touch!
🇲🇾 Kelantan cruising past SHB Da Nang in the 2013 AFC Cup 🌏 #WaybackWednesday | #AFCCup pic.twitter.com/rqMGpFt4z1
— #AFCCup (@AFCCup) September 1, 2021
“Siapa boleh melupakan saat manis ketika Kelantan menjuarai tiga piala. Ketika itu stadium sentiasa dipenuhi penyokong Kelantan dan pasukan cukup kuat kerana kami bermain sebagai satu keluarga,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, pemain kesayangan penyokong Kelantan itu juga turut berkongsi kisah suka duka beliau dalam karier bola sepak profesional.
Menurut Badhri, permulaan beliau sebagai pemain bola sepak tidak mudah, setelah pelbagai kesukaran perlu ditempuhi dirinya sebelum meraih pelbagai kejuaraan.
“Memang perjalanan saya bermula sangat sangat susah, sampai jatuh basikal untuk pergi ke tempat latihan (Padang Perdana).
“Kadang kita rasa nak ada nama, nak rasa menjulang piala dan seterusnya untuk terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan,” katanya lagi.
Nasihat pemain tersebut, beliau percaya setiap pemain pastinya akan mempunyai masa mereka tersendiri untuk menyinar sekiranya mereka tanam azam dan impian yang kuat dalam diri.
Badhri Radzi is selected in Goal Asia Team of the Month http://t.co/O9H05wRjIq Retweet to show your support! pic.twitter.com/qDYlwvwPqg
— GOAL Asia (@GOALasia) November 11, 2013
Kelantan ketika ini dilihat kembali bangkit daripada kisah suram mereka setelah tampil selaku naib juara Liga Premier dan kini berada di pentas suku akhir Piala Malaysia 2022.