Pengurus Brazil Beri Sebab Kenapa Gabriel Martinelli Tersenarai Ke Piala Dunia

Penyerang berbakat Arsenal, Gabriel Martinelli telah menerima panggilan bersama skuad kebangsaannya iaitu Brazil untuk kali kedua bersama senarai 26 pemain untuk cabaran Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sebelum itu, Martinelli hanya pertama kali mencipta penampilan sulung bersama skuad senior Brazil pada awal tahun ini, dan sekarang pemain tersebut telah pun tersenarai untuk wakili dunia bersama tongak-tongak senior lain.

Selain rakan senegaranya iaitu Gabriel Jesus, pemain tersebut menjadi salah seorang tonggak utama buat kekuatan Arsenal musim ini bersama-sama Martin Odegaard, Bukayo Saka serta beberapa lagi untuk meletakkan kelab tersebut berada di puncak liga.

Setelah beberapa musim Martinelli cuba mencari rentak terbaik beliau untuk mendapat tempat bersama Arsenal, musim ini beliau berjaya membuktikannya untuk mengukuhkan posisi dalam kesebelasan utama.

Setakat ini, Martinelli telah pun menyumbang lima gol dan dua bantuan jaringan dalam 13 aksi beliau bersama Arsenal dalam saingan English Premier League (EPL).

Malah, pemain kelahiran Guarulhos, Brazil tersebut jelas sangat gembira kehidupan semasa beliau di Utara London ketika ini dan tidak bermasalah untuk meneruskan karier bersama Arsenal.

Martinelli juga bakal menjadi pemain paling muda yang berada dalam skuad pimpinan Tite kali ini untuk cabaran Piala Dunia 2022, apabila beliau baru berusia 21 tahun.

Malah, ayah pemain itu juga pernah menyatakan Martinelli bakal mewakili skuad kebangsaan ketika umurnya memasuki usia 21 tahun sebelum itu.

“Saya cuba melakukan apa sahaja untuk melayakkan diri beraksi di Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Brazil.

“Ketika umur saya baru sahaja mencecah 7 tahun dahulu, ayah pernah memberitahu saya ketika umur 21 saya akan bermain bersama skuad kebangsaan kerana ada temasya Piala Dunia,” jelas Martinelli menerusi football.London.

Tite mempunyai alasan tersendiri kenapa Martinelli layak untuk mendapat panggilan skuad kebangsaan kali ini bagi membawa cabaran dalam saingan Piala Dunia.

“Kami suka sikap agresif yang ada pada Martinelli di atas padang. Dia adalah salah seorang pemain terbaik Arsenal ketika ini.

“Selain itu, Martinelli juga merupakan salah seorang pilihan utama disenaraikan bersama skuad dalam saingan EPL serta konsisten.

“Beliau juga sangat bagus dalam situasi satu lawan satu, sangat pantas dalam peralihan transisi permainan, selain berjaya mengekalkan tahap terbaik dalam setap permainan dihadapi,” ulas Tite.

Sumber:
football.London

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN