Baddrol Bakhtiar & Mukhairi Ajmal Dijangka Sibuk, Ujian Sebenar Buat Harimau Malaya

Baddrol Bakhtiar Mukhairi Ajmal Harimau Malaya AFF 2020 ujian sebenar

Berdepan Vietnam pada malam ini boleh dikatakan ujian sebenar buat jentera tengah Harimau Malaya selain ia juga boleh dianggap seperti ulangan perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan pada edisi 2018.

Ia bukan satu tugas mudah buat Malaysia ditambah dengan situasi COVID-19 yang melanda kem yang setakat ini telah ‘singkirkan’ empat pemain iaitu Khairulazhan Khalid, Faisal Halim, Quentin Cheng dan Akhyar Rashid. Kita sangat mengharapkan tiada lagi kes mengejut kehilangan pemain untuk aksi penting pada malam ini.

Vietnam adalah pasukan yang pantas dan agresif, malah Malaysia tidak pernah tewaskan mereka sejak kali terakhir melakukannya di separuh akhir kejohanan yang sama pada edisi 2014. Jelas, ia perlawanan yang sukar buat skuad negara. Dengan situasi Harimau Malaya yang ‘tempang’ ketika ini, apa yang boleh dirancang?

Berdepan pasukan seperti Golden Dragon ini memerlukan Malaysia bertahan dengan baik selain memanfaatkan peluang yang terhidang di jentera hadapan. Empat pertahanan tidak mancukupi kerana skuad kebangsaan memerlukan sokongan daripada jentera tengah ketika bertahan dan adakah jentera tengah kini mampu?

Bertahan dan merencana gerakan ke jentera depan, jentera tengah dijangka sibuk bertugas malam ini.

Baddrol Bakhtiar yang diangkat antara pemain yang cemerlang dalam aksi berdepan Laos bukanlah pemain ‘natural’ di posisi tengah bertahan. Beliau hanya sandaran yang ada, selain Mukhairi Ajmal yang kali pertama bergandingan bersamanya. Mereka perlu mengukuhkan kesefahaman dan kekuatan untuk aksi malam ini.

Kita tahu, pengendali, Tan Cheng Hoe akan letakkan mereka sebagai pivot berkembar di jentera tengah.

Setakat ini, menurut rekod di saingan Piala AFF Suzuki 2020, Baddrol Bakhtiar merupakan pemain terbanyak melakukan hantaran – 148 hantaran selepas dua perlawanan, mengatasi beberapa pemain seperti Sarach Yooyen dari Thailand (127) dan Kritsada Kaman (125). Rizal Ghazali adalah yang kedua dari kem kebangsaan.

Ini menggambarkan Baddrol Bakhtiar adalah hub hantaran dan kretiviti Cheng Hoe dalam mengasak kubu lawan. Ia juga seakan-akan ‘berkata’ yang tugas bertahan sedang digalas oleh kapten skuad B-22 negara, Mukhairi Ajmal yang juga bukanlah pemain ‘natural’ di posisi itu. Ini yang mengundang resah pada saat ini.

Vietnam bukanlah pasukan yang banyak membuat percubaan ke gawang lawan – akibat taktikal ‘parking bus’ oleh Laos untuk aksi pertama mereka. Mereka di ranking ke-7 terbanyak membuat percubaan tepat dengan enam percubaan. Malah, conversion rate mereka juga amat rendah iaitu 12 peratus akibat tindakan Laos itu.

Berdepan Malaysia, didorong motivasi ‘musuh’ terkuat, dijangkakan ia akan bertambah baik dengan Malaysia bukanlah pasukan yang berpaksi taktikal seperti Laos walaupun berdepan masalah kekurangan pemain dan tiada pemain tengah bertahan ‘natural’. Cheng Hoe mungkin sedikit bertahan, tetapi tidaklah sepenuhnya.

Walaupun berdepan kesukaran dengan Laos, dalam edisi kali ini, mereka merekodkan 90 peratus hantaran tepat daripada 686 hantaran yang dilakukan berdepan lawan mereka itu. Ia seperti menggambarkan permainan kemas Golden Dragon waima pasukan lawan mengunci rapat kawasan defensive third mereka tempohari.

Bersediakah Cheng Hoe bagi jentera tengah Harimau Malaya yang dijangka sibuk dengan ‘ujian’ sebenar nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN