“Mereka Selalu Ubah Pendekatan” – Quang Hai Kata Sukar Nak Jangka Permainan Malaysia

Nguyen Quang Hai Park Hang seo Vietnam Malaysia

Tonggak utama Vietnam, Nguyen Quang Hai berkata, Malaysia sering ubah pendekatan permainan yang menyukarkannya untuk memberi gambaran bagaimana pertembungan kedua-dua pasukan malam nanti.

Beliau yang pernah terlibat dalam banyak pertembungan dengan Harimau Malaya jangkakan pertembungan sengit untuk aksi Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020. “Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” ujarnya.

“Mereka memiliki fizikal yang bagus dan ada antaranya berkemahiran tinggi. Vietnam mesti bersedia sebaik mungkin. Semua pemain harus memainkan peranan mereka untuk kita raih keputusan terbaik,” ulasnya lagi.

Quang Hai dijangka akan menjadi nadi penting serangan Vietnam berdepan Malaysia pada malam nanti.

Vietnam adalah pasukan yang pantas dan agresif, malah Malaysia tidak pernah tewaskan mereka sejak kali terakhir melakukannya di separuh akhir kejohanan yang sama pada edisi 2014. Jelas, ia perlawanan yang sukar buat skuad negara. Dengan situasi Harimau Malaya yang ‘tempang’ ketika ini, apa yang boleh dirancang?

Begitupun, menurut Quang Hai lanjut, kesukaran dengan Malaysia adalah pendekatan yang sering berubah. Malaysia tidak sama setiap kali mereka bertembung. Ujarnya, “Vietnam sudah banyak kali bertembung Malaysia. Tetapi saya tidak boleh beri gambaran tepat bagaimana saya akan berdepan mereka nanti.”

“Ini kerana, dalam setiap kejohanan dan perlawanan, mereka akan bersedia dengan pendekatan yang berbeza-beza,” ulas pemain tengah menyerang berusia 24 tahun itu lagi mengenai pertembungan kedua-dua pasukan.

Quang Hai tidak berada dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Laos 2-0 untuk aksi pertama Kumpulan B, namun disebabkan taktikal bertahan Laos, pengendalinya, Park Hang-seo terpaksa memasukkannya.

Vietnam AFF 2020 1
FOTO: AFF Official

Kemasukkannya memberikan dimensi berbeza buat mereka. Dalam 45 minit aksinya, beliau berhasil membuat 33 successful passes dengan 94 peratus ketepatan. Kegagalan Nguyen Tien Linh beroperasi sebagai penyerang menyebabkan Nguyen Cong Phuong bertukar posisi dengannya dan Quang Hai ambil posisi Cong Phuong.

Quang Hai berhasil menambah kualiti di jentera tengah menyerang, sementara Cong Phuong pula berjaya menghidupkan posisi serangan mereka. Begitupun mereka masih gagal memecah blok pertahanan Laos.

Vietnam bukanlah pasukan yang banyak membuat percubaan ke gawang lawan – akibat taktikal ‘parking bus’ oleh Laos untuk aksi pertama mereka. Mereka di ranking ke-7 terbanyak membuat percubaan tepat dengan enam percubaan. Malah, conversion rate mereka juga amat rendah iaitu 12 peratus akibat tindakan Laos itu.

Berdepan Malaysia, didorong motivasi ‘musuh’ terkuat, dijangkakan ia akan bertambah baik dengan Malaysia bukanlah pasukan yang berpaksi taktikal seperti Laos walaupun berdepan masalah kekurangan pemain dan tiada pemain tengah bertahan ‘natural’. Cheng Hoe mungkin sedikit bertahan, tetapi tidaklah sepenuhnya.

Walaupun berdepan kesukaran dengan Laos, dalam edisi kali ini, mereka merekodkan 90 peratus hantaran tepat daripada 686 hantaran yang dilakukan berdepan lawan mereka itu. Ia seperti menggambarkan permainan kemas Golden Dragon waima pasukan lawan mengunci rapat kawasan defensive third mereka tempohari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN