Azraai Khor: “JDT Mampu Ledak 100 Gol Musim Ini”

Bekas jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyifatkan gergasi bola sepak Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) berupaya mencipta satu lagi sejarah baharu pada musim ini.

Jelas Azraai, JDT berupaya untuk melakar sejarah menerusi rekod 100 jaringan sehingga saingan Liga Super musim ini tamat berdasarkan prestasi ditampilkan pasukan tersebut.

Musim ini JDT jelas tampil dengan perbezaan ketara, selepas pasukan tersebut dilihat begitu ampuh di segenap posisi terutama sekali di bahagian serangan mereka.

Dengan pertaruhan pemain bintang seperti Fernando Forestieri, Arif Aiman Hanapi, Diogo Luis Santo, Bergson da Silva, serta ramai lagi, maka tidak hairan Azraai menganggap JDT mampu mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak tempatan.

Menerusi contoh kepimpinan terbaik yang kini dipacu oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) itu menganggap ianya boleh direalisasikan pada tahun ini.

Berbaki sembilan perlawanan untuk aksi musim ini, rekod 100 gol boleh dihasilkan jika melihat kepada momentum serangan pasukan tersebut yang terlalu ampuh untuk mencipta jaringan besar ke atas kelab lawan.

“Berdasarkan kepada baki perlawanan Liga Super sudah pastinya ramai melihat agak mustahil untuk JDT dapat mencipta rekod tiga angka jaringan pada musim ini.

“Namun, TMJ mempunyai cita-cita besar dan sudah pastinya dengan perancangan beliau mampu mencapai angka 100 jaringan. Ditambah pula gandingan mantap jentera serangan mereka yang sukar dikekang pertahanan lawan sudah pasti angka 100 mampu dicapai.

“Kita lihat saja penghujung saingan Liga Super sama ada berjaya atau sebaliknya namun apa yang boleh saya katakan sukar buat pasukan lain untuk mencipta lebih 60 jaringan seperti dilakukan JDT,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk rekod semasa, JDT sudah pun meledak 67 jaringan ketika ini daripada 17 perlawanan dihadapi dalam saingan Liga Super menerusi kualiti penyudah mereka yng cukup klinikal.

67 jaringan itu secara tidak langsung telah pun memadam rekod 64 gol yang sebelum itu pernah dilakukan oleh Selangor pada musim 2009 dan jumlah tersebut dijangka akan terus bertambah sehingga ke penghujung musim.

Ketika ini, JDT hanya memerlukan lagi 33 gol untuk memastikan mereka mampu mencapai rekod yang dikatakan oleh Azraai dengan purata empat jaringan perlu diledak dalam setiap perlawanan dihadapi.

Menerusi sentuhan magis daripada Esteban Solari musim ini, dijangka ianya boleh dicapai kerana momentum kemenangan serta motivasi tinggi dimiliki pasukan tersebut langsung tidak pernah digugat sejak awal saingan berlangsung.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN