JDT Dijangka Tiada Masalah Untuk Berpesta Gol Di Kota Bharu

The Red Warriors (TRW) Kelantan bakal menghadapi situasi getir malam ini, selepas mereka bakal melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-IV dalam aksi Liga Super 2023.

Apa tidaknya, ketika ini TRW Kelantan tampil dengan serba tidak begitu baik di segenap posisi selepas mereka sah kehilangan ramai tonggak pada pertengahan musim 2023.

Musim ini menyaksikan TRW Kelantan menjadi antara pasukan paling mencuri tumpuan selepas pelbagai kontroversi melanda sejak awal saingan liga bermula dengan membabitkan isu dalaman serta di atas padang.

Tampil dengan beberapa perubahan besar setelah ramai pemain utama meninggalkan kelab dengan lebih awal atas pelbagai faktor termasuk tonggak import utama serta bintang senior.

Kini sebahagian besar skuad TRW Kelantan dibarisi oleh pemain-pemain muda dan sudah pun diberi peluang beraksi sejak beberapa siri perlawanan lalu dalam saingan Liga Super 2023.

Ianya pasti bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi TRW Kelantan kerana aksi seterusnya ini bakal membabitkan mereka bersama salah satu pasukan paling berpengaruh serta stabil di segenap posisi serta masih belum merekodkan sebarang kekalahan.

Jika tidak berhati-hati, nasib TRW Kelantan mungkin akan tidak begitu baik dengan sejarah perlawanan pusingan pertama lalu menyaksikan mereka ditewaskan oleh JDT menerusi keputusan penuh 1-5.

JDT pastinya tidak akan mensia-siakan peluang untuk menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka, kerana ianya menjadi medan terbaik mereka sebelum menghadapi aksi akhir Piala FA 2023.

Tampil dengan barisan pemain serangan yang cukup berkualiti musim ini, JDT telah pun meledak 62 gol secara keseluruhan daripada 16 perlawanan Liga Super sehingga kini untuk membuktikan ketajaman mereka.

Fokus pastinya akan diberikan sepenuhnya kepada penyerang berbisa mereka iaitu Fernando Forestieri yang tampil dengan begitu tajam musim ini bersama JDT.

Daripada 15 perlawanan dihadapi oleh Forestieri, penyerang berpengalaman ini sudah pun meledak 15 jaringan bersama tujuh bantuan gol secara keseluruhan.

Malah, kelibat Arif Aiman Hanapi juga dijangka akan terus diberi peranan penting oleh Esteban Solari dalam memastikan sudut kreativiti serangan mereka sentiasa bertambah baik menerusi kualiti dimiliki pemain tersebut.

Walaupun begitu, ini juga akan menjadi perlawanan tumpuan buat penyerang muda TRW Kelantan iaitu Muhammad Harith Akif Mohd Shahar yang menyarung jersi bernombor 40.

Ini Biodata Pemain Muda Kelantan Kelahiran Alor Setar Yang Hampir Lemaskan Penang Di Bandaraya

Pada perlawanan lalu, Akif telah menjadi tunjang utama serangan TRW Kelantan selepas beliau berjaya meledak dua gol serta hampir merekodkan hatrik sebelum satu percubaannya terkena palang gol ketika berdepan Penang.

Tampil dengan pengalaman pernah beraksi bersama Akademi Leeds United di England, pastinya pengalaman Akif ditagih untuk cuba mengkucar kacirkan pertahanan JDT sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN