Azman Adnan: Nak Sertai Liga M3, Pastikan Sumber Kewangan Cukup

Azman Adnan

Bekas penyerang berbisa skuad kebangsaan, Azman Adnan mahu kelab-kelab yang ingin bersaing dalam saingan Liga M3 perlu memastikan memiliki sumber kewangan mencukupi supaya tidak mendatangkan sebarang masalah kepada penganjur kejohanan, Amateur Football League (AFL) pada masa akan datang.

Masalah kewangan dalam kalangan pasukan bertanding bukanlah perkara asing dalam pentas Liga M3 apabila sebelum ini terdapat kelab yang mengalami situasi tersebut di pertengahan saingan.

Sehubungan dengan itu, Azman yang turut pernah bergelar jurulatih kelab Liga M3 melihat kepentingan kekuatan sumber kewangan bagi mengelakkan perjalanan sesebuah pasukan itu terhenti di tengah jalan.

Kerisauan mengenai perkara tersebut dikongsikan oleh Azman menerusi laporan Sinar Harian, semalam.

“Bagi saya, semua saingan liga, tak kisah sama ada Liga M3 atau lain-lain liga, sekali dah masuk pastikan kelab berkenaan dapat terus beraksi sampai habis. Jangan sekerat jalan.”

“Jika sekerat jalan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah. Bukan sahaja penganjur yang pening, pemain pun pening, staf pun pening, pihak pengurusan pun pening.”

“Ini disebabkan semua perkara terutamanya melibatkan kontrak juga akan berlaku untuk sekerat jalan sahaja dan sudah pasti ia akan menimbulkan masalah pada masa hadapan,” ujar Azman bercakap kepada wartawan Sinar Harian.

“Antara faktor utama sudah pastinya melibatkan faktor kewangan kerana kebanyakan kelab dalam saingan Liga M3 adalah kelab persendirian dan tidak memiliki dana yang banyak.”

“Oleh itu diharapkan agar mana-mana kelab yang mahu menyertai Liga M3 perlu memiliki sumber kewangan yang mencukupi bagi memastikan mereka dapat terus bersaing tanpa perlu membuat keputusan menarik diri pada masa hadapan,” tambah Azman Adnan lagi.

Laporan sebelum ini menyebut Presiden AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan sebanyak 19 pasukan sudah menyatakan minat mendalam untuk menyertai saingan Liga M3.

Kempen Liga M3 2020 terpaksa dibatalkan selepas mengharungi dua perlawanan berikutan serangan wabak COVID-19 yang melanda negara bermula Mac lalu dan keputusan itu disambut baik pasukan-pasukan bertanding berikutan kekangan kewangan dihadapi mereka.

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga M3:

Wakil Klasiko FC, KT Rovers Setuju Langkah AFL Batalkan Liga M3

Armed Forces FC Idam Jadi Pencabar Utama Kejuaraan Liga M3

Pasukan Liga M3 ‘Kopak’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN