Analisis: Statistik Dedah Bruno Fernandes Adalah Pemain Tengah Terbaik Dunia

Bruno Fernandes adalah pemain tengah terbaik di dunia jika bersandarkan statistik di bawah ini.

Sejak tiba di Old Trafford, Fernandes tidak putus-putus mengejutkan kawan dan lawan dengan prestasi konsisten yang beliau tampilkan.

Berikut adalah rekod dan statistik yang dikumpul dari pelbagai sumber yang menunjukkan pemain itu kini adalah pemain tengah terbaik dunia yang ada pada hari ini.

Samai rekod Ronaldo

Cristiano Ronaldo sentiasa dianggap sebagai legenda yang dilahirkan di Old Trafford oleh penyokong setia Man United.

Kali ini Bruno Fernandes turut menyamai rekod rakan senegaranya itu, untuk menjadi pemain dari Portugal pertama untuk menjaringkan 10 gol semusim, yang dilakukan oleh Ronaldo pada musim 2008/09.

Dianggap sebagai pakar penalti, 10 gol dijaringkan oleh Fernandes setakat ini adalah yang tertinggi dari seorang pemain tengah di serata eropah setakat ini.

Ratio menyempurnakan sepakan penalti juga amat tinggi. Sehingga kini, beliau memiliki purata 91% penyempurnaan sepanjang karier, dan hanya terlepas tiga sepakan, termasuk satu untuk Man United dalam perlawanan menentang Newcastle United pada November lalu.

Namun demikian saingan pada musim ini belum lagi mencapai separuh musim. Ia pasti sesuatu yang mengujakan untuk melihat bagaimana Bruno Fernandes dan Manchester United mengakhiri saingan pada musim ini.

10 gol 6 assist musim ini

10 gol semusim bukan sahaja memecahkan rekod Cristiano Ronaldo. Bruno Fernandes kini juga berada di kedudukan kelima dengan 10 gol dalam senarai penjaring Premier League setakat ini, dan merupakan satu-satunya pemain tengah yang berada di dalam senarai lima permain teratas ini.

Menurut Squawka, Fernandes telah menghasilkan 1.56 percubaan tepat untuk setiap 90 minit perlawanan, menjadikan beliau sebagai pemain tengah paling berbisa di Premier League setakat ini.

Sebagai rekod Messi hanya menjaringkan 7 gol dan 3 assist untuk Barcelona di La Liga sehingga ke hari ini. Tidak ada pemain tengah lain di eropah yang memiliki jumlah gol dan assist sebanyak yang dimiliki oleh Fernandes buat masa ini.

Terlibat dalam 31 gol dari 28 perlawanan

Dalam satu temuramah bersama MUTV baru-baru ini, Fernandes pernah berkata mahu menamatkan saingan musim ini dengan jumlah jaringan dan assist yang lebih tinggi dari jumlah penampilan.

Hasrat itu berada di landasan tepat buat masa sekarang.

10 gol dan 6 assist pada musim ini, secara keseluruhan, Fernandes telah terlibat di dalam 31 daripada 60 gol yang dijaringkan oleh United sejak beliau menyertai kelab ini pada penghujung Januari lalu.

Ini bermakna Bruno Fernandes telah menjaringkan 18 gol dan menghasilkan 13 assist dari 28 perlawanan keseluruhan untuk Man United sejak tiba di Old Trafford – satu rekod luar biasa untuk seorang pemain baharu.

Lebih daripada itu, prestasi Bruno Fernandes setakat ini menggambarkan konsistensi yang amat diperlukan oleh United.

Minit aksi tertinggi di Eropah

Menurut CIES, Bruno Fernandes adalah pemain keempat dengan minit perlawanan tertinggi di kalangan lima liga utama di eropah.

Beliau juga adalah pemain Manchester United kedua dengan minit terbanyak iaitu 4,164 minit aksi. Hanya Harry Maguire yang mempunyai minit aksi lebih banyak dari Bruno Fernandes di kalangan skuad Man United.

Statistik tersebut memberi makna betapa Ole Gunnar Solksjaer amat menyandarkan harapan kepada pemain ini.

Lionel Messi menjadi satu-satunya pemain di bahagian tengah/serangan yang merekodkan minit aksi lebih tinggi dari Bruno Fernandes sepanjang musim 2020.

Fernandes mungkin memiliki minit perlawanan lebih rendah berbanding Messi, tetapi beliau merekodkan statistik jauh lebih cemerlang berbanding maestro dari Argentina itu di bahagian lain.

Bruno pastikan fluidity

Dengan adanya Bruno Fernades, setiap gerakan ke hadapan oleh Manchester United kini menjadi semakin bermakna dan bertujuan.

Ini juga bermakna setiap serangan kini adalah ancaman yang perlu diperhatikan dengan baik oleh pihak lawan.

“Beliau adalah pemain yang akan memberikan impak kepada keputusan perlawanan. Beliau mencipta peluang dan menjaringkan gol,” kata Ole Gunnar Solksjaer.

Berdasarkan statistik oleh Squawka, apa yang dikatakan oleh Solksjaer ini sememangnya benar.

44 peluang telah dicipta oleh Bruno Fernandes di liga pada musim ini, pemain perancang kreatif ini turut menghasilkan 116 hantaran di dalam kotak penalti – paling tinggi di Premier League.

Penutup

Adakah Bruno Fernandes merupakan pemain tengah terbaik dunia pada hari ini? Sebenarnya sukar untuk menafikan.

Bagaimanapun akhirnya kejayaan Bruno Fernandes akan dinilai dengan kejayaan beliau untuk meraih trofi kejuaraan bersama United.

Buat masa ini, segalanya positif buat Bruno Fernandes!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN