Aidil Zafuan: Shahrul Saad Calon Paling Layak Raih Anugerah Pertahanan Terbaik

Aidil Shahrul

Tonggak pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan gandingannya ketika bersama skuad kebangsaan, Shahrul Mohd Saad merupakan calon paling layak untuk memenangi kategori Pertahanan Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual, tahun ini.

Aidil yang tidak tercalon pada tahun lalu nyata melahirkan rasa gembira apabila kali ini dicalonkan, namun secara peribadi merasakan Shahrul selaku pemenang pada tahun lalu mampu mengekalkan status Pertahanan Terbaik kali ini berdasarkan pencapaiannya sebagai kapten pasukan Perak untuk menamatkan musim 2021 di tangga ke-4 CIMB Liga Super 2020.

“Saya secara peribadi rasa Shahrul layak untuk menang lagi sekali pada tahun ini, tetapi macam mana pun saya tetap berpuas hati dan bersyukur apabila tercalon kali ini.”

“Saya tidaklah letak harapan yang tinggi sangat, dan saya sebelum ini pun pernah merasai kemenangan beberapa kali, jadi kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang betul-betul layak untuk menang.

“Yang penting, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang telah membuat undian sebelum ini dan kepada mereka yang mengundi saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila sokongan yang diberikan ini”, katanya.

Aidil merupakan pemenang paling banyak bagi kategori Pertahanan Terbaik apabila telah mengungguli kategori tersebut sebanyak empat kali iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2015.

Calon lain yang bakal merebut gelaran Pertahanan Terbaik pada tahun ini adalah Azmi Muslim (Pulau Pinang), Corbin Ong (JDT), Matthew Davies (JDT), Rafiuddin Roddin (Perak), Shahrul Nizam Ros Hasni (Kelantan), Shakir Hamzah (Kedah), Victor Nirennold (UiTM FC) dan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (Melaka).

ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Undian yang telah dibuka kepada semua penyokong pada Isnin lalu (21 Disember 2020) jam 10 pagi telah pun berakhir pada Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam. Keputusan semua pemenang akan diketahui majlis yang akan berlangsung secara virtual pada 30 Disember 2020 (Rabu).

Kredit featured image: Facebook Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Shahrul Saad:

Shahrul Saad: Thiago Aquino Banyak Pengaruhi Gaya Permainan Saya

Shahrul Saad: De Paula Tambah Sengat Serangan Perak

Shahrul Saad: Berat Untuk Melihat Brendan Gan, Nor Hakim Meninggalkan Perak

Leave a Reply