AXA KVL M5: CNA FC Kental Hadapi ‘Ribut’ Gombak FC Untuk Menang 3-0

CNA FC meneruskan rentak cemerlang mereka dalam kempen AXA KVL M5 untuk menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua menentang Gombak FC sebelum menang 3-0 di Stadium MPAJ kelmarin.

CNA FC yang dibarisi pemain-pemain bintang seperti Darshen Ganesan, K. Aathishesaan, Haiqal Johari dan Ugwa Martyn bagaimanapun perlu mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum dapat meraih kemenangan. Ini kerana Gombak FC yang buat pertama kali dilatih oleh pemain import Korea Selatan mereka, Moon Seong-won tampil memberikan saingan sengit dari minit pertama hingga minit terakhir.

Pressing intensif yang dilakukan Gombak FC beberapa kali mengancam pertahanan CNA FC yang sentiasa kukuh sepanjang 4 minggu liga berlangsung. Jika tidak kerana kecekepan penjaga gol mereka, Al Imran Ishak, CNA FC barangkali mungkin akan ketinggalan pada minit 28’ apabila penyerang Gombak FC, Nurullah Hakim berjaya menanduk bola dari point-blank range.

Bagaimanapun kualiti CNA FC nyata terlalu sukar digugat. Walaupun ketika bermain pada tahap bawah 100%, mereka masih mampu menjaringkan dahulu menerusi sepakan percuma cantik Haiqal Johari pada hujung-hujung separuh masa pertama.

10 minit selepas separuh masa kedua bermula, A. Kisshaen menambah gol kedua CNA FC selepas berjaya memecah perangkap ofsaid Gombak FC sebelum tenang menewaskan penjaga gol, Syaqir Yussam.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan tegang pada separuh masa kedua. Dengan Gombak FC yang semakin terdesak mencari gol, situasi menjadi bertambah buruk apabila CNA FC turut tidak mahu mengalah dalam pertarungan fizikal.

Pemain tengah CNA FC, Darshen Ganesan (kanan) cuba menghambat pemain Gombak FC daripada mara untuk menyerang.

Sebanyak 5 kad kuning dilayangkan oleh pengadil, tidak termasuk 1 kad merah untuk pemain Gombak FC, Irfan Abdul Hadi yang bersalah menampar kepala pemain CNA FC.

Apabila CNA FC sekali lagi berjaya memecah perangkap ofsaid Gombak FC, penyerangnya T. Raj Kumar tidak melakukan sebarang kesilapan untuk menewaskan Syaqir Yussam dengan gaya penyudah mirip Thierry Henry – placing shot ke bucu bawah gol sebelah kanan.

Dengan kekalahan 0-3 ini, Gombak FC mungkin akan tetap menyalahkan pengadil atas beberapa keputusan yang tidak memihak mereka. Tetapi ia masih tidak dapat menyembunyikan hakikat kualiti pemain-pemain mereka masih di bawah paras pemain CNA FC.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: John Famurewa (CNA FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN