AXA KVL M5: Level Up FC Hukum FC Serayan Untuk Menang 3-1

Dilapor oleh: Nurudin Albakri

Peluang FC Serayan untuk menempah tempat ke pusingan kalah mati nampak seakan pudar apabila mereka tewas 1-3 kepada Level Up FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Serayan melepaskan peluang keemasan seawal minit pertama apabila penyerang mereka () gagal memanfaatkan peluang satu lawan satu kerana sentuhan pertama beliau agak berat. Namun Level Up yang memanfaatkan peluang mereka pada minit ke 5 apabila sepakan percuma diluar kawasan penalti Serayan ditanduk kemas oleh Aritz Zainal untuk memberi gol pendahuluan kepada Level Up.

Perlawanan berjalan seimbang sehinggalah pada minit ke 23 apabila rembatan daripada pemain Serayan terkena tangan pertahanan Level Up. Shaza Badri tenang menyempurnakan sepakan penalti dengan merembat deras ke bahagian tengah, menewaskan Rajkumar.

Level Up tidak menunggu lama apabila Matthew Devaraj melakukan larian deras menewaskan beberapa pertahanan dan merembat leret bola menewaskan penjaga gol Serayan, hanya 5 minit selepas mereka bolos melalui gol penalti.

Matthew Devaraj sekali lagi memberi impak yang besar kepada pasukan Level Up apabila beliau dijatuhkan dalam kawasan penalti. Penalti kedua dalam separuh masa diberikan oleh pengadil kali ini kepada Level Up disempurnakan oleh pertahanan, Sharran Raj dengan merembat kencang ke arah kanan gawang, menewaskan Zulfaqar Subari.

Serayan lebih banyak menyerang dan mencipta peluang pada separuh masa kedua apabila Fareez Norzaini dimasukkan.

Pemain tengah Level Up FC, Joshua Lee (jersi putih nombor 9) cuba merampas bola dari kawalan pemain FC Serayan.

Peluang mereka untuk merapatkan kedudukan hadir pada minit ke 56 menerusi sepakan percuma di dalam kawasan penalti Level Up yang ditangkap kemas oleh penjaga gol mereka setelah beberapa pergelutan berlaku.

Level Up tidak banyak menyerang pada separuh masa kedua. Peluang mereka menambah gol keempat perlawanan muncul lagi pada minit ke 61 bermula daripada larian deras Rashwin Nair di bahagian sayap kiri namun penyudahnya hanya sedikit tersasar.

Kekalahan ini adalalah kekalah keempat buat FC Serayan dan Level Up FC menampilkan aksi yang lebih mantap dan matang berbanding perlawanan pertama mereka pada minggu ke 4 AXA KVL M5.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Aritz Zainal (Level Up FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN