AXA KVL M5: Ultimate FC Belasah Sala O FC Tanpa Kasihan, Menang 11-0

Phillip Abbah mengganas dengan menjaringkan 4 gol untuk membantu Ultimate FC membelasah Sala O FC 11-0 dalam perlawanan AXA KVL M5 yang tidak seimbang di Stadium MPAJ kelmarin.

Sala O FC yang turun tanpa kapten dan tonggak pertahanan mereka, Norazizi Mohamed yang menjalani hukuman penggantungan 2 perlawanan nyata tidak dapat menangani ‘taufan’ serangan demi serangan lawan yang langsung tidak memberikan secebit ihsan kepada mereka sepanjang perlawanan.

Turun dengan sistem 4-4-2 tipikal mereka, Sala O FC masih lagi mengekalkan corak permainan defensif mereka – bertahan dengan garisan defensif yang rendah, menyerap asakan sistem 3-5-2 Ultimate FC sebelum melancarkan serangan balas. Tetapi tanpa arahan dan tunjuk ajar Norazizi di atas padang, pertahanan Sala O ibarat anak ayam yang dikepung sekawan serigala lapar.

Agak menghairankan apabila Ultimate FC perlu mengambil masa sehingga 19 minit untuk menjaringkan gol pertama mereka di sebalik mencipta deretan peluang sebelum itu. Tetapi apabila Chukwu Chijioke sudah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19, pertahanan Sala O mula runtuh ibarat kepingan domino.

Seminit kemudian, Hafif Jazimin menambah gol kedua sebelum R. Sivakumar menambah gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh pada minit 26’. Belum sempat Sala O menarik nafas untuk mengumpul ketenangan, Sivakumar sekali lagi menambah gol ke-4 pasukannya sebelum Phillip Abbah mula mengganas ketika separuh masa kedua baru 2 minit berlangsung.

Penyerang Ultimate FC, Phillip Abbah (kanan) cuba melepasi hadangan yang dilakukan oleh penjaga gol Sala O FC.

Sekali-sekala, pelan serangan balas Sala O FC menghadirkan peluang-peluang serangan yang premium bagi mereka. Tetapi kelemahan teknik dan fizikal Azuddin Firdaus dan Ammar Abdul Aziz – ditambah pula dengan kemantapan pertahanan Ultimate FC yang diketuai oleh Firdaus Selvam – mengecewakan Sala O.

Separuh masa kedua berlangsung ibarat latihan merembat buat Ultimate FC. Pada minit ke-45, Amirul Abas menjadikan kedudukan 6-0 sebelum Phillip Abbah melengkapkan koleksi 4 gol beliau dalam masa setengah jam pada separuh masa kedua.

Pemain gantian, Christopher Keli melengkapkan mimpi ngeri Sala O dengan menambah 2 lagi gol dalam masa 2 minit sebelum pengadil memberi ihsan dengan menamatkan perlawanan tanpa masa tambahan.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Phillip Abbah (Ultimate FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN