Autopsi Premier League Musim 2015/2016: Manchester United Yo-Yo Di Bawah LVG

Dalam perlawanan terakhir di Boleyn Ground, United gagal mengganggu parti perpisahan West Ham yang bakal berpindah ke Olympic Park Stadium pada musim depan.

Sebaliknya anak-anak buah Louis van Gaal menjadi pasukan kedua terbaik hampir 80% dalam perlawanan ini.

Hanya 3 percubaan tepat ke arah gol dilakukan oleh United. Tetapi masih mampu menjaringkan 2 gol – kedua-duanya dijaringkan oleh Anthony Martial.

Mereka seharusnya berterima kasih kepada ketajaman penyudah Martial di depan gol yang menjadikan scoreline perlawanan itu ‘kurang memalukan’ bagi United.

Persoalannya – apa yang membuatkan United sangat tidak konsisten pada musim ini?

Berikut adalah isu yang mungkin menjadi masalah utama Louis van Gaal dan United sepanjang musim ini.

1. Corak permainan (style of play) yang mudah diagak

Ada sebab mengapa Peter Schmeichel, bekas penjaga gol lagenda United berkata:

“Manchester United sangat-sangat membosankan saya pada musim ini.”

Ketika diminta mengulas persembahan United dalam rancangan siaran BT Sports, Paul Scholes – seorang lagi lagenda United – merasakan United terlalu banyak bermain ‘sideways passing’.

“Tak tahulah sama ada van Gaal tak benarkan atau tak beri mereka keyakinan untuk bermain secara kreatif. Saya tak tahu.”

“Cuma bila mereka main sideways, possession, boring football, saya tertanya-tanya – adakah van Gaal ada masalah dengan penyerangnya?”

Sideways passing adalah hantaran ke tepi. Ianya selamat dan membolehkan United mengekalkan penguasaan bola lebih lama, tetapi mudah diagak dan tak berbahaya kepada pasukan lawan.

Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat betapa banyaknya sideway passes yang dilakukan dilakukan oleh United.

1.1. Corak hantaran United vs West Ham, 11.05.2016 (1st half)

pas 1st

1.2. Corak hantaran United vs West Ham, 11.05.2016 (2nd half)

pas2nd

Sideways passing yang terlalu banyak menunjukkan United amat kurang kreativiti dan link-up dengan penyerang mereka.

Ironiknya, dengan pemain-pemain seperti Juan Mata, Ander Hererra, Wayne Rooney, Memphis Depay, Anthony Martial dan Bastian Schweinsteiger, United mempunyai banyak pemain kreatif di bahagian tengah dan serangan mereka.

2. Pengurusan taktikal pemain

Dari segi formasi dan taktikal, Louis Van Gaal masih gagal memberikan gambaran jelas – apakah taktikal yang cuba disuntik beliau dalam pasukan Manchester United.

Kita mungkin boleh memberikan pengecualian kepada Martial – asalnya merupakan penyerang tengah – yang diberikan peranan sebagai penyerang sayap. Ini kerana beliau berjaya membuktikan dirinya sebagai aset dari sayap kiri.

Dengan 11 gol pada musim sulung Premier League, Martial merupakan pemain bawah-21 yang menjaringkan gol terbanyak di Eropah.

Namun di United, kita kerapkali melihat terlalu banyak pemain diarahkan oleh van Gaal untuk bermain di posisi sekunder – bukan posisi semulajadi mereka.

Contohnya:

  • Juan Mata (central attacking midfielder) sebagai pemain sayap
  • Ashley Young (pemain sayap) dan Marouane Fellaini (pemain tengah) sebagai penyerang tengah
  • Daley Blind (bek kiri dan defensive midfielder) sebagai pertahanan tengah

Tetapi kredit perlu diberikan kepada van Gaal juga atas keberaniannya meletakkan Wayne Rooney (penyerang tengah) sebagai deep lying playmaker semasa kemenangan 3-1 menentang Bournemouth.

3. Isu pertukaran separuh masa

Louis van Gaal juga cenderung melakukan pertukaran terus selepas rehat separuh masa. Senarai di bawah merupakan senarai pemain United yang dikeluarkan van Gaal selepas 45 minit:

  • Memphis Depay vs Liverpool, 12 September 2015 (M)
  • Matteo Darmian vs Southampton, 20 September 2015 (M)
  • Memphis Depay vs Arsenal, 4 October 2015 (K)
  • Matteo Darmian vs Arsenal, 4 October 2015 (K)
  • Juan Mata vs Everton, 17 October 2015 (K)
  • Paddy McNair vs West Ham, 5 December 2015 (S)
  • Memphis Depay vs Stoke, 26 December 2015 (K)
  • Phil Jones vs Swansea, 2 January 2016 (M)
  • Marouane Fellaini vs Southampton, 23 January 2016 (K)
  • Marcos Rojo vs Everton, 3 April 2016 (M)
  • Marcus Rashford vs Tottenham, 10 April 2016 (K)
  • Morgan Schneiderlin vs West Ham, 10 May 2016 (K)

Daripada 12 pertukaran ini, hanya 4 daripadanya menghasilkan kemenangan. 7 lagi berakhir dengan kekalahan dan 1 lagi berakhir dengan seri.

Pertukaran yang kerap ini mencadangkan bahawa van Gaal sering memasukkan pemain yang salah dalam kesebelasan utamanya. Dari perspektif yang lain, ia juga menunjukkan sekurang-kurangnya van Gaal sanggup melakukan sesuatu untuk memperbetulkan kesilapannya.

Tetapi bayangkan kesannya kepada tahap keyakinan pemain-pemain United apabila mereka kerap ditukar selepas hanya 45 minit?

Jika kita membandingkan tabiat van Gaal yang gemar menukar pemain selepas rehat separuh masa dengan Sir Alex Ferguson, anda akan nampak perbezaan yang ketara!

htc

4. Pengambilan pemain yang mahal tetapi tak berhasil

Secara asasnya, Louis van Gaal telah mengubah budaya berbelanja Manchester United.

Lebih £250 juta telah dibelanjakan sepanjang 2 musim beliau mengambil alih United, namun beliau masih mengadu ‘kami memerlukan kepantasan dan kreativiti’ sebelum perlawanan menentang Manchester City pada Oktober 2015 lepas.

Van Gaal mengaku pemain-pemain seperti Angel Di Maria, Wilfried Zaha, Adnan Januzaj, Nani dan Memphis Depay tidak memenuhi kriteria ‘kepantasan dan kreativiti’ seperti yang dikehendakinya.

Adakah ini petanda kegagalan scouting department yang diselia oleh Ed Woodward?

Mujurlah pemain-pemain muda didikan Nicky Butt seperti Marcus Rashford, Cameron Borthwick-Jackson dan Timothy Fosu-Mensah mampu memberikan sedikit magis kepada United.

Bercakap mengenai pembelian pemain yang mahal, tabiat van Gaal yang berbelanja besar mungkin boleh dimaafkan jika kita melihat sumbangan yang dibawa oleh Anthony Martial.

5. Tekanan

Ini adalah Manchester United. Jadi tekanan terhadap pemain dan pengurus mereka sentiasa tinggi.

Tekanan turut hadir daripada alumni Class of 92 di mana kebanyakan mereka sudah menjadi penganalisis dan pengulas bolasepak.

Di sebelah van Gaal pula adalah Ryan Giggs yang sentiasa dirasakan peminat sebagai calon pengurus yang lebih passionate terhadap United.

Kesimpulannya, van Gaal boleh dilabel sebagai satu kegagalan jika kita mengambil kira standard Manchester United.

Gagal membentuk pasukan yang stabil di Old Trafford. Gagal menyelesaikan isu taktikal dan teknikal. Gagal membuatkan penyokong lawan menghormati United. Dan paling penting, gagal memenangi hati penyokong United.

Baca juga: 3 Persamaan Yang Berlaku Kepada Manchester United & Bayern Munich Ketika Diurus Louis van Gaal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN