Bayer Leverkusen Buat Persiapan Awal Untuk Musim Depan, Beli Kevin Volland

Bayer 04 Leverkusen melakukan persiapan awal menjelang cabaran Bundesliga dan Champions League musim 2016/2017 dengan menandatangani Kevin Volland dari TSG 1899 Hoffenheim.

Transfermarkt melaporkan Leverkusen membayar £13.5 juta kepada Hoffenheim untuk mendapatkan servis beliau.

Volland, 23, yang boleh bermain sebagai penyerang tengah dan sayap, dilaporkan telah menandatangai kontrak bersama Leverkusen sehingga 30 Jun 2021.

volland bayer

Leverkusen mahu segarkan semula karier Volland

Produk akademi 1860 Munich itu sejak sekian lamanya telah dicanang-canang sebagai salah satu pemain muda Jerman yang berbakat besar ketika mewakili pasukan Jerman Bawah-21.

Bagaimanapun sejak berpindah ke Hoffenheim, perkembangan kariernya agak mendatar. Beliau baru mengutip 6 kaps bersama pasukan senior Jerman.

Pengarah Urusan Leverkusen, Michael Schade memberitahu laman web rasmi pasukan sebab utama Volland dibeli adalah kerana keversatilannya:

“Kami dah lama minat Volland. Baru sekarang kami dapat membawanya ke sini (Leverkusen). Kaki kirinya boleh digunakan di semua posisi serangan.”

Sementara itu, Pengarah Sukan Leverkusen, Rudi Voller memberitahu kualiti Volland terletak kepada kelajuannya:

“Kelajuan, kekuatan dan skil penyudahnya adalah aset terbaru jentera serangan kami.”

Bakal sertai Julian Baumgartlinger

Kevin Volland bukanlah pemain baru pertama yang dibeli oleh Leverkusen yang mengumumkan kemasukan pemain tengah Julian Baumgartlinger dari Mainz 05.

Julian Baumgartlinger, 28, merupakan seorang defensive midfielder yang mempunyai fizikal yang sangat baik di samping mahir membuat hantaran. Kehadiran beliau dijangka akan memberi persaingan kepada Lars Bender.

Tarikan Champions League

Bagi Volland dan Baumgartlinger, tarikan bermain dalam kejohanan terbesar Eropah, UEFA Champions League adalah punca sebenar yang membuatkan mereka menyertai Leverkusen.

“Bayer 04 adalah kelab yang ideal untuk saya memajukan karier saya dan membuktikan diri di peringkat antarabangsa,” kata Volland.

Leverkusen yang menduduki tangga ke-3 Bundesliga musim 2015/2016 baru-baru ini turut berharap kehadiran pemain baru ini mampu memecah dominasi Bayern Munich – Borussia Dortmund dalam kejohanan domestik.

Baca juga: Pengadil Keluar Padang Di Tengah-Tengah Perlawanan Selepas Pengurus Bayer Leverkusen Ingkar Arahannya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN