Aurier, Sissoko Minta Maaf Langgar Penjarakan Sosial

Aurier Sissoko

Dua pemain Tottenham, Serge Aurier dan Moussa Sissoko telah memohon maaf kerana menjalani latihan seccara bersama dan mengabaikan penjarakan sosial.

Pemain pertahanan kanan, Aurier telah memuat naik video dalam akaun media sosialnya (yang telah pun dipadamkan) menunjukkan beliau sedang memakai topeng sambil berlari dan juga duduk di sebelah Sissoko.

Kerajaan United Kingdom telah pun mengeluarkan arahan dan peraturan bahawa setiap orang hanya boleh melakukan senaman bersendirian ataupun dengan orang yang tinggal bersama sahaja.

“Di sini kami ingin memohon maaf kerana tidak menunjukkan contoh yang baik,” kata mereka berdua.

“Kami mengakui sebagai pemain bola sepak profesional, kami bertanggungjawab untuk menjadi contoh ikutan yang baik terutamanya dalam tempoh yang tidak menentu ini di mana semua orang di seluruh dunia sedang menghadapinya.

“Kita semua seharusnya menghormati dan patuh kepada nasihat kerajaan untuk meminimumkan jumlah kematian sewaktu pandemik ini.

“Kami berterima kasih kepada semua staf Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di atas kerja keras mereka pada waktu ini dan kami berdua akan memberikan sumbangan untuk menunjukkan sokongan kami kepada usaha mereka.”

Ini adalah kejadian ketiga melibatkan individu dari Tottenham Hotspur yang dilihat melanggar peraturan penjarakan sosial.

Pengurus Spurs, Jose Mourinho sebelum ini didedahkan dalam satu gambar menjalankan sesi latihan dengan Tanguy Ngombele.

Kemudian Ryan Sessegnon dan Davinson Sanchez juga didapati menjalani latihan dengan membuat larian bersebelah.

Tottenham juga sebelum ini telah dikecam kerana membuat keputusan untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka sebelum menarik balik tindakan itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Tottenham Hostpur:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN