Mampukah Francisco Trincao Menyerlah Di Barcelona?

Francisco Trincao

Barcelona telah sah menandatangani penyerang muda Portugal, Francisco Trincao pada penghujung Januari lepas dengan nilai €31 juta (RM147 juta). Namun pemain itu masih beraksi untuk Braga dan dijadualkan akan tiba di Nou Camp pada 1 Julai nanti.

Tarikh tersebut mungkin terpaksa diubah disebabkan penangguhan semua perlawanan bola sepak di Eropah ekoran penularan wabak COVID-19.

Trincao merupakan prospek yang pernah menjadi buruan beberapa kelab besar Eropah disebabkan kebolehannya beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan.

Dengan kelajuan, kehebatan menggelecek dan kemahiran teknikal yang menakjubkan, beliau bukan sahaja mampu menjaringkan gol, tetapi juga mempu membuat hantaran-hantaran yang berupaya menghasilkan jaringan.

Namun timbul persoalan, adakah pemain lincah ini mampu menyerlah di kelab sebesar Barcelona yang sudah tentu mempunyai tahap tekanan yang amat tinggi?

Beberapa pemain seperti Philippe Coutinho, Malcom, Paco Alcacer, Munir el Haddadi, Gerrard Deulofeu, Denis Suarez dan Cristian Tello adalah di antara pemain-pemain yang cuba digilap untuk menjadi ‘senjata baharu’ buat kelab Catalan tersebut, namun akhirnya mereka gagal memenuhi jangkaan dan ditunjukkan jalan keluar.

Presiden Braga, Antonio Salvador bagaimanapun percaya Trincao bakal menjadi salah satu penyerang prolifik di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ia dibuktikan dengan klausa pelepasan €500 juta yang diletakkan oleh Barcelona kepada pemain berkenaan.

Beliau memberikan kenyataan tersebut ketka menjawab soalan daripada penyokong menerusi satu sesi soal jawab secara dalam talian.

“Kita tahu yang kita akan kehilangan salah seorang pemain terhebat yang saya boleh katakan yang terbaik. Beliau akan menjadi penyerang terbaik dalam tempoh sedekad daripada sekarang iaitu Trincao,” kata Salvador.

“Seperti yang kamu semua tahu, dia telah dijual ke Barcelona. Tetapi saya memberi jaminan, hampir semua pemain skuad ini akan dikekalkan pada musim hadapan.

“Pasukan ini akan terus mengambil pemain-pemain muda berbakat dari akademi. Ini adalah hasil daripada kemudahan dan fasiliti terbaik yang kita bina selama ini.

“Mereka [akademi] akan terus membekalkan lebih ramai pemain-pemain berbakat pada masa akan datang. Kita mahu lahirkan pemain-pemain yang mempunyai teras dan asas yang kukuh dan mampu memberikan aksi yang terbaik apabila diberi peluang.”

Penyerang muda sensasi itu telah membuat penampilan pertama untuk Braga bermula musim lepas. Secara keseluruhannya beliau telah beraksi dalam 21 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.

Pemain tersebut telah mewakili Portugal dalam setiap peringkat umur dan ketika ini merupakan pemain skuad bawah 21 tahun (B-21).

Ketika bersama skuad B-19, Trincao telah membantu pasukan kebangsaannya menjuarai kejohanan Eropah pada 2018 dan mengakhiri pertandingan tersebut selaku penjaring terbanyak dengan rekod lima dan dan turut membuat tiga bantuan jaringan.

Kredit Foto: Sports360

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN