Aura Anfield Semarakkan Semangat Liverpool Untuk Tewaskan Man City

Aura di Anfield tidak dapat dinafikan lagi sememangnya menjadi faktor terpenting sebalik kejayaan Liverpool menewaskan Manchester City malam semalam.

Manchester City berkunjung ke bumi Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu merupakan calon kegemaran untuk memenangi perlawanan tersebut memandangkan rekod mereka yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak kebelakangan ini.

Dari tiga perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League musim ini, Manchester City berjaya mencatatkan kemenangan dengan menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dari setiap perlawanan.

Selepas menewaskan Man United 6-3 dan Southampton dengan keputusan 4-0, ramai percaya yang Liverpool akan turut menjadi mangsa belasahan Man City.

Melihat skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, ramai yang percaya Man City bakal mencatatkan kemenangan mudah di Anfield.

Aura Anfield bantu Liverpool tewaskan Man City

Liverpool berjaya menafikan segala ramalan yang menjangkakan mereka akan dibelasah dalam perlawanan ini selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Aura di Anfield jelas sekali memainkan peranan terbesar sebalik kejayaan Liverpool tewaskan Man City dalam perlawanan ini.

Suara sorakan penyokong jelas mengganggu tumpuan pemain lawan dan menaikkan semangat para pemain dari pasukan tuan rumah.

Harus diakui yang aura dari para penyokong di stadium benar-benar membantu Liverpool untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Liverpool 1-0  Manchester City

Manchester City kebiasaannya akan melancarkan serangan bermati-matian pada awal minit permainan dalam usaha mereka untuk memperoleh gol awal.

Walau bagaimanapun, ketika aksi bertemu Liverpool hari ini, jentera serangan Man City sepertinya sedikit mati kutu untuk mencari gol awal.

Bukan hanya para pemain pertahanan memainkan peranan penting, bahkan Alisson Becker juga turut cemerlang mempamerkan aksi terbaiknya dalam perlawanan ini.

Boleh dikatakan yang hampir kesemua pemain Liverpool sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menarik dalam perlawanan tersebut.

Kedua-dua pasukan konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan pada aksi babak kedua permainan.

Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool pada minit ke-76 permainan, seterusnya membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Telah berlaku beberapa kontroversi sebelum tamat perlawanan, dengan Jurgen Klopp telah dilayangkan kad merah kerana didakwa memaki hamun pembantu pengadil.

Pengurus dari Jerman itu bengang dengan keputusan pengadil perlawanan yang tidak memberikan foul kepada Liverpool walau Bernardo Silva menarik baju Mo Salah sehingga jatuh.

Liverpool berjaya kekalkan keputusan tersebut hingga wisel penamat dibunyikan, dan kemenangan itu membantu mereka untuk naik ke kedudukan kelapan dalam carta saingan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN