Van Dijk Buktikan Haaland Kekal Selamat Dalam ‘Poket’ Di Anfield

Liverpool akhirnya kembali bangkit dalam saingan English Premier League (EPL), setelah pasukan tersebut berjaya mencatat kemenangan 1-0 bagi mengatasi Manchester City.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield itu, tuan rumah jelas menampilkan aksi permainan berdisplin untuk menyerap segala asakan lawan sepanjang 90 perlawanan berlangsung, dengan tidak membenarkan banyak percubaan berbahaya terhasil.

Pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk berjaya membuktikan kata-katanya tepat untuk mengekang penyerang berbisa lawan, Erling Haaland daripada meledak sebarang gol.

Gandingan Van Dijk bersama Joe Gomez pada perlawanan tersebut jelas berjaya mencipta kombinasi mantap untuk mengekang segala asakan cuba dicipta oleh City sepanjang perlawanan berlangsung.

Malah, pasukan tuan rumah berjaya memperoleh gol menerusi pemain serangan lincah mereka iaitu Mo Salah di separuh masa kedua untuk mengejutkan kem pelawat.

City yang tampil dengan penguasaan permainan sejak tiupan wisel separuh masa pertama jelas menemui jalan buntu untuk mendapatkan gol yang dicari mereka.

Malah, beberapa peluang terbuka menerusi percubaan dibuat oleh Haaland juga berjaya dinafikan dengan baik oleh Allison Becker yang tampil dengan sangat tangkas sepanjang aksi 90 minit berlangsung.

Beberapa hari sebelum perlawanan membabitkan kedua pasukan ini berlangsung, Van Dijk telah pun membuat satu kenyataan menerusi Sport Bible tentang keyakinan beliau bersama rakan sepasukan untuk menghentika ancaman Haaland.

“Kami akan cuba hentikan setiap pergerakan bola yang menuju ke arah beliau, bertahan sehabih baik, dan pamerkan segalanya ketika berdepan City.

“Itu yang akan kami praktikkan pada perlawanan hari Ahad ini dan ianya tidak akan berubah sama sekali,” jelas Van Dijk.

Tambah Van Dijk, perlawanan ini bukan sahaja membabitkan pertarungan individu antara dirinya bersama Haaland, malah seluruh ahli pasukan bakal berjuang berhabis-habisan.

“Kami mahu menghentikan mereka daripada meledak sebarang gol pada perlawanan tersebut, tidak kira siapa yang berada di atas padang. Dan kami juga tahu Haaland merupakan pemain sangat bagus.”

Jelas segala rencana yang dibentangkan oleh pertahanan Belanda itu berjaya dibuktikan dengan baik di hadapan ribuan penyokong tuan rumah dengan tidak bolos serta kembali menggenggam tiga mata penuh.

Hasil kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berada di tangga kelapan liga dengan memperoleh 13 mata secara keseluruhan daripada sembilan perlawanan dilalui.

Sementara pelawat, City kekal di tangga kedua liga untuk berkongsi 23 mata bersama Tottenham Hotspurs serta Arsenal terus kukuh di kedudukan teratas menerusi 27 mata keseluruhan, termasuk kemenangan terbaharu mengatasi Leeds United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN