Mohamed Salah Cipta Rekod Baru Dalam Saingan Champions League

Mohamed Salah berjaya mencipta sejarah baru dalam saingan Champions League, selepas kejayaan beliau mencatatkan hat-trick ketika membantu Liverpool menewaskan Rangers awal pagi tadi.

Salah berjaya menjadi pemain yang mencatatkan hat-trick terpantas dalam sejarah saingan Champions League, selepas beliau meledak tiga gol dalam tempoh enam minit sahaja.

The Egyptian King itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di Ibrox, dan ramai percaya beliau sudah kembali menemui sentuhan berbisanya.

Salah masuk sebagai pemain gantian untuk mencatatkan hat-trick dalam tempoh enam minit dan 12 saat sahaja ketika membantu The Reds membelasah Rangers 7-1 di Glasgow.

Liverpool awalnya ketinggalan selepas Scott Arfield meledak gol pembukaan pada minit ke-17 permainan, namun The Reds berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu menerusi Roberto Firmino.

Bintang kebangsaan Brazil itu meledak gol kedua peribadinya pada aksi babak kedua permainan, sebelum beliau mencatatkan assists untuk gol ketiga Liverpool yang dijaringkan oleh Darwin Nunez.

Mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1, Jurgen Klopp telah membuat empat pertukaran pemain secara serentak.

Beliau memasukkan Mohamed Salah yang cemerlang menunjukkan impak yang sungguh luar biasa dasyat.

Bintang Mesir itu meledak gol beberapa minit sahaja selepas dimasukkan, dan empat minit selepas itu, beliau cemerlang menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini.

Dua minit selepas menjaringkan gol keduanya, Salah berjaya meledak gol ketiga peribadinya dalam perlawanan ini, untuk membantu Liverpool mendahului perlawanan 6-1.

Malam Liverpool semakin indah selepas Harvey Elliott meledak gol ketujuh mereka dalam perlawanan ini, seterusnya menjadi gol pertama beliau dalam saingan Champions League.

Mohamed Salah berhak untuk mendapat pujian yang menggunung dari pelbagai pihak atas persembahan luar biasa dasyat yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini.

Para peminat di laman twitter turut menghamburkan pujian yang menggunung kepada Mo Salah atas aksi hebat yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini.

Kemenangan tersebut membantu Liverpool untuk berada di kedudukan kedua dalam aksi saingan peringkat kumpulan A, dengan mereka kini tiga mata di belakang Napoli yang baru sahaja menewaskan Ajax 4-2 semalam.

Rangers pula sementara itu terpaksa akur yang harapan mereka untuk beraksi di pusingan 16 terbaik lebur selepas menjadi mangsa belasahan Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN