Pierre-Emerick Aubameyang berkata keraian selepas menjaringkan gol untuk Arsenal di pertandingan UEFA Europa League adalah ditujukan khas untuk negaranya, Gabon.
Penyerang antarabangsa Gabon itu menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol yang disempurnakan oleh Ainsley Maitland-Niles untuk Arsenal menewaskan Rennes 3-0.
Kemenangan tersebut menyajsikan Arsenal layak ke pusingan seterusnya dalam pertandingan eropah itu dengan agregat 4-3 pada awal pagi tadi.
Terlebih dahulu, Aubameyang menjaringkan gol seawal minit ke-5 perlawanan untuk mengelakkan keadaan tertekan. Jaringan ketiga Arsenal hanya dijaringkan pada babak kedua perlawanan.
Aubameyang sebelum ini turut pernah meraikan gol dengan memakai topeng adiwira berlainan – seperti Batman dan juga Spider Man.
Kali ini Aubameyang memilih untuk menggunakan topeng Black Panther.
“Saya memerlukan topeng itu untuk mewakili diri saya [sebagai adiwira],” ujar pemain itu kepada BT Sport selepas perlawanan.
“Black Panther…di Afrika atau Gabon kami digelar sebagai Harimau Kumbang [Black Panther]. Itulah maksud sebenarnya.”
Perlawanan diantara kedua-dua pasukan berlangsung dalam suasana tegangm dengan 4 layangan kad kuning diterima oleh setiap pasukan dari pengadil perlawanan, Andris Treimanis.
“Saya berpendapat mereka [Rennes] mungkin sedikit gentar, dan juga marah. Hakikatnya bola sepak sememangnya begitu. Perkara seperti ini akan terjadi.
“Saya terlepas dua peluang untuk menamatkan perlawanan tetapi, okay, apa yang paling penting kami menang dan semua orang berbangga dengan kemenangan ini,” ujar beliau lagi.