Atletico Yakin Dapat Julang UEL Ke-3 Walaupun Tanpa Simeone Di Tepi Padang

Atletico menerima tamparan hebat apabila Diego Simeone digantung 4 perlawanan. Simeone mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Arsenal.

Atletico menjuarai UEL sebanyak 2 kali dalam sejarah mereka sebelum ini. Ia merupakan piala pertama Diego Simeone bersama Atletico sebaik sahaja dillantik menjadi pengurus Atletico Madrid pada 2011.

Atletico akan menentang Marseille pada malam final di Lyon awal pagi esok. Atletico antara kelab yang memiliki reputasi yang baik beraksi di final peringkat Eropah di bawah kendalian Simeone. Pada 2014, mereka tewas pada masa tambahan di tangan Real Madrid.

2 tahun kemudian mereka sekali lagi tewas di tangan Real Madrid. Sergio Ramos menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. Atletico tewas dalam penentuan penalti.

Musim ini mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan UCL. Ia adalah satu kejutan.

Mereka mara ke final dan el cholo tidak dibenarkan berada di tepi padang. Pertahanan kental mereka, Juanfran menyatakan mereka sudah bersedia sepenuhnya.

“Kami sudah tak sabar untuk beraksi di final. Kami mahu menang piala selepas kali terakhir menjulang trofi pada 2014.”

“Dengan Cholo, pasukan kami sudah banyak berubah. Semua yang kami nikmati pada beberpa musim kebelakangan ini akan diingati selamanya. Dan berharap kami akan dapat memenangi satu lagi kejuaraan.”

Selain daripada kisah Simeone, Atletico Madrid turut dibayangi cerita kemungkinan Griezmann beraksi dalam final terakhir beliau bersama kelab tersebut. Pemain 27 tahun ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Griezmann dijangka akan bergandingan dengan Diego Costa dalam malam final.

Dilaporkan seramai 1,250 petugas keselamatan akan terlibat dalam perlawanan ini di dalam dan di luar Stadium Groupama.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN