Pep Guardiola: Manchester City Tidak Akan Berbelanja Sebanyak £300 Juta Setiap Tahun

Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan skuad juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017/18 itu tidak akan berbelanja besar bagi menghadapi saingan liga musim hadapan.

Pengendali dari Sepanyol itu mengakui bahawa Manchester City tidak akan membelanjakan sejumlah £300 juta untuk setiap tahun.

Pep Guardiola turut menjelaskan perancangan musim hadapan dengan berkemungkinan satu atau dua pembelian sahaja bakal dilakukan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Mendapat sokongan kewangan yang begitu kukuh memberikan peluang buat Guardiola untuk menambah kekuatan Manchester City sejak bersama pasukan pada musim lalu.

Antara pemain yang dibawa masuk oleh pengurus berusia 47 tahun ini adalah John Stones, Leroy Sane, Gabriel Jesus, Ederson, Bernardo Silva, Kyle Walker, Benjamin Mendy, Danilo dan Aymeric Laporte.

Kesan daripada rekrut tersebut telah menjelmakan kejayaan berganda buat Manchester City pada musim ini setelah berjaya meraih kejuaraan Liga Perdana Ingeris dan Piala Carabao.

Bercakap kepada Monday Night Football, Pep Guardiola memberikan bayangan mengenai skuadnya pada musim hadapan.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 14: Manchester City Manager Josep Guardiola and his coaching team on stage during the Manchester City Trophy Parade in Manchester city centre on May 14, 2018 in Manchester, England. (Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

”Kami akan menandatangani satu atau dua orang pemain sahaja lagi, tiada lagi.”

”Kami tidak boleh melabur. Mungkin orang tidak mempercayai saya tetapi kami tidak mempunyai wang untuk melabur sebanyak £300 juta setiap tahun.”

”Asas kepada kejayaan musim ini adalah kerana kualiti yang terdapat pada para pemain. Orang ramai mengatakan kami menang kerana melabur dengan banyak, mereka betul.”

”Ederson, sebagai contoh, sangat sempurna tetapi kemudian pada akhirnya anda akan berkata ‘pergi dan cuba ke Liga Perdana Inggeris dan cuba untuk beraksi’ dan anda tidak tahu apakah akan berlaku.”

Melihat kepada barisan yang dimiliki Manchester City, tidak keterlaluan untuk memperkatakan The Cityzen mempunyai skuad yang terbaik.

Kehadiran dua pemain baharu yang berkualiti sudah cukup bagi memberikan amaran awal kepada pesaing yang pasti berusaha keras untuk merampas mahkota EPL musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN