Lionel Messi: Tamparan Hebat Buat Barcelona Sekiranya Neymar Menyertai Real Madrid

Messi

Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi mengakui bahawa beliau tidak mahu melihat bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar untuk menyarung jersi putih Real Madrid pada musim hadapan.

Messi turut berpendapat, menjadi satu perkara yang ‘mengerikan’ sekiranya Neymar berkhidmat untuk pasukan yang sekian lama menjadi musuh buat Barcelona itu.

Awal musim ini, Neymar menggemparkan dunia bola sepak dengan perpindahan termahal selepas Paris Saint-Germain mengaktifkan klausa perpindahan bernilai €222.

Namun, kehidupan Neymar di Perancis dilaporkan sedikit kurang selesa selepas beberapa kali beliau tidak sehaluan dengan pengurus PSG, Unai Emery.

Perbalahan dengan Edinson Cavani berkenaan isu sepakan penalti juga menjadi isu utama yang kemudiannya berjaya diselesaikan.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 18: Neymar, Lionel Messi and Luis Suarez of Barcelona take part in a drill during a FC Barcelona training session on the eve of their UEFA Champions League quarter final second leg match against Juventus at FC Barcelona Sports Centre on April 18, 2017 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Ia akan menjadi dahsyat kerana Neymar memberi makna segala-galanya buat Barcelona,” Messi memberitahu TyC Sports.

”Walaupun ketika Neymar menamatkan perjalanannya di Barcelona, dia telah memenangi kejuaraan yang penting di sini.”

”Dia telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, dia memenangi La Liga.”

”Sekiranya dia beraksi untuk Madrid, ia akan menjadi tamparan hebat buat kami dan buat semua di Barcelona.”

”Dan pada tahap bola sepak pula, ia akan menjadikan Real Madrid lebih kuat berbanding apa yang mereka miliki ketika ini.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN