Quantcast

BERITA

Pemain Sporting CP Cedera Selepas Diserang Di Padang Latihan Pasukan

Kelab Portugal, Sporting CP digemparkan dengan keganasan dilakukan hampir 50 orang penyokong yang menyerbu kemudahan kelab dan bertindak agresif menyerang pemain serta kakitangan kelab di padang latihan kelab tersebut.

Kejadian itu juga menyebabkan penyerang kelahiran Belanda, Bas Dost mengalami kecederaan di bahagian kepalanya menurut laporan media di Portugal.

Insiden tersebut berlaku dua hari selepas skuad bimbingan Jorge Jesus itu kecundang 2-1 di tangan Maritimo pada perlawanan terakhir liga untuk menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Primeira Portugal.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan Sporting CP terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bagi musim hadapan dan slot itu diisi oleh Benfica.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasmi kelab, Sporting CP mengutuk sekeras-kerasnya peristiwa yang berlaku di Akademi Sporting itu.

Kecederaan yang dialami Bas Dost. Foto: Ojogo

”Kami tidak menerima dengan apa cara sekalipun serta bersetuju dengan tindakan vandalisme dan bertindak agresif terhadap pemain, jurulatih dan kakitangan di kelab profesional.”

”Sporting tidak seperti ini dan Sporting tidak melakukan perkara sedemikian.”

“Kami akan berusaha untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah berlaku.”

”Kami juga akan memastikan orang-orang yang bertindak dengan cara yang benar-benar menyedihkan ini tidak terlepas dari menerima hukuman.”

Menurut laporan Goal, tekanan terus memuncak buat kelab dari Lisbon itu selepas prestasi kurang baik serta konflik yang melanda pasukan dan Presiden, Bruno De Carvaldo.

Carvalho beberapa kali melakukan kontroversi sebelum ini termasuklah beliau menggantung 19 orang pemain skuad utama selepas perlawanan Liga Europa bertemu Atletico Madrid.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!