EFL Championship: Aston Villa & Fulham Bakal Curi Satu Slot Ke Liga Perdana Inggeris

Drama play-off EFL Championship masih diteruskan. Kedua-dua perlawanan timbal balik sudah pun dilangsungkan pada semalam dan kelmarin.

Namun terdapat kejutan dalam play-off kali ini. Ramalan ramai pihak tidak menepati sasaran.

Derby ucap selamat tinggal

Fulham berjaya memadamkan kelebihan satu gol oleh Derby. Derby tewas kepada Fulham 2 gol tanpa balas.

Ryan Sessegnon menjaringkan gol pertama untuk tuan rumah pada minit ke-47. Manakala, rakan sepasukannya, Denis Odoi
menambah gol kedua pada minit-66.

Agregat berpihak kepada Fulham 2-1. Derby kekal dalam saingan EFL Championship buat semusim lagi.

Denis Odoi berpendapat bahawa mereka layak beraksi ke Liga Perdana Inggeris. Ini disebabkan mereka bermain mengikut satu standard yang telah ditetapkan.

Cottagers sebenarnya sudah lama tidak beraksi di Wembley. Kali terakhir mereka ke stadium nasional itu pada 1975. Pada ketika itu,
mereka ditewaskan West Ham United dalam perlawanan akhir Piala FA.

Fulham bimbingan Slavisa Jokanovic sudah dua kali mara ke play-off dua musim berturut-turut. Cuma pada musim lalu mereka tewas. Slavisa berpendapat bahawa amat berpuas hati dengan cabaran diberikan oleh anak buahnya. Berada di perlawanan akhir amat penting bagi mereka serta penyokong.

Villa berjaya lepasi cabaran Boro

Pemain Villa meraikan kejayaan ke final play-off. Sumber: Daily Star.

Kelab dari kota raya Birmingham, Aston Villa akan menjadi seteru Fulham dalam perlawanan akhir nanti.

Dalam perlawanan kedua, Aston Villa dan Middlesbrough seri tanpa jaringan. Namun Villa mara kerana 1 gol pada perlawanan pertama di Riverside tempoh hari.

5 cubaan tepat disasarkan Villa ke gawang Boro daripada 15 rembatan. Namun ia gagal menemui jaringan. Boro juga gagal memanfaatkan ruang untuk menewaskan Villa.

Steve Bruce amat gembira dengan keputusan yang berpihak kepada kelabnya. Beliau meramalkan perlawanan yang sukar akan ditempuh di Wembley nanti.

Aksi final

Perlawanan akhir play-off antara Fulham menentang Aston Villa akan diadakan pada 27 Mei 2018 (Isnin) pada jam 12 malam waktu Malaysia. Pemenang perlawanan ini akan mara ke English Premier League.

Manakala yang tewas akan kekal dalam saingan EFL Championship. Namun begitu, perlawanan ini bakal kurang menjadi tumpuan kerana kedua-dua kelab ialah mantan kelab English Premier League.

Malah, kurang 10 musim lalu kedua-dua kelab beraksi dalam saingan Eropah. Aston Villa pernah menjuarai UEFA Champions League 1981/82 manakala Fulham merupakan finalis UEFA Europa League 2009/10.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN