Asnawi Mangkualam Bantu Jeonnam Dragons Tewaskan Chungbuk Cheongju, Kogileswaran Tiada Dalam Senarai Pasukan

Hasrat untuk melihat pertemuan antara pertahanan kental Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam bersama pemain serangan lincah negara, R. Kogileswaran tidak kesampaian pada perlawanan semalam dalam saingan K2 League.

Asnawi yang mewakili Jeonnam Dragons melayan kunjungan Chungbuk Cheongju di Stadium Bola Sepak Gwangyang untuk aksi ketujuh mereka dalam saingan K2 League musim ini.

Pada perlawanan tersebut, Asnawi sekali lagi diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama buat Jeonnam, dan Kogi pula tiada dalam senarai utama untuk Chungbuk bagi aksi itu.

Keputusan permainan menyaksikan Jeonnam berjaya menewaskan Chungbuk menerusi keputusan penuh 3-0 di halaman sendiri hasil jaringan Ko Tae-won, Geon woo-no, serta Ha Nam untuk memberi tiga mata berharga buat tuan rumah.

Antara mencuri tumpuan pastinya kelibat Asnawi yang terus selesa diberi peranan dalam kesebelasan utama selepas cemerlang pada aksi lalu dengan dua bantuan jaringan dicipta beliau.

Namun, untuk aksi kali ini Asnawi tidak berjaya mencipta sebarang bantuan gol dan kekal fokus untuk menyerap segala bentuk asakan lawan daripada membocori benteng pertahanan Jeonnam.

Chungbuk pula terus kempunan untuk meraih sebarang kemenangan daripada tiga perlawanan dihadapi berturut-turut dengan kini mereka berada di tangga ke-10 liga berbanding Jeonnam di kelompok lima terbaik.

Sehingga kini, Kogi masih belum membuat sebarang penampilan sulung dalam aksi liga dengan pertama kali beraksi di sana hanya untuk kejohanan FA Cup selaku pemain gantian.

Ketika itu, Kogi diletakkan dalam kesebelasan utama sehingga digantikan pada minit ke-61 dan Chungbuk turut memperoleh keputusan positif menerusi kemenangan 3-0 mengatasi Seoul Jungnang.

Namun, segalanya masih belum positif buat pemain ini mendapat ruang dalam kesebelasan utama atau disenaraikan di bangku simpanan bagi saingan liga selepas beberapa perlawanan diharungi.

Apapun, ini merupakan musim pertama buat Kogi dan beliau masih mempunyai banyak ruang untuk menyerlahkan bakat serta mencari tempat dalam kesebelasan utama dalam saingan liga itu.

Tidak seperti Asnawi yang sudah terbiasa sejak musim lalu, Kogi masih lagi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan intensiti permainan serta suhu yang berbeza berbanding di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN