Kenapa Kedah Sepatutnya Beri Ruang Buat Ebenezer Assifuah Dalam Skuad Utama?

Penyerang utama skuad simpanan Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ebenezer Assifuah terus mencuri perhatian dalam saingan Piala MFL menerusi ketajaman dipamerkan beliau di hadapan gol.

Terbaharu, Assifuah terus cemerlang selaku salah seorang pemain import Kedah musim ini menerusi dua gol diledak beliau untuk memastikan Sang Kenari melakar kemenangan keempat di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), Kedah terpaksa berhempas pulas menghadapi cabaran Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sebelum mengesahkan kemenangan 2-1 yang cukup berharga.

Menerusi kemenangan tersebut, Kedah berjaya berada di tangga ketiga peringkat Kumpulan A untuk memintas JDT II menerusi 12 mata tang dikutip mereka setakat ini daripada enam perlawanan dihadapi.

Awal perlawanan menyaksikan pelawat lebih banyak menguasai perlawanan menerusi gerakan-gerakan menarik dicipta mereka dari bahagian tengah ke serangan untuk menekan tuan rumah.

Kedah yang berdisiplin menyerap segala asakan pelawat berjaya memerangkap lawan menerusi gerakan bijak yang dibuat oleh Assifuah untuk membuat larian solo sebelum satu rembatan deras dilepaskan pada minit ke-22 bagu meletakkan Sang Kenari di hadapan.

Keputusan tersebut tidak bertahan lama, dengan pelawat kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi Ahmad Aysar Hadi yang cemerlang menyempurnakan peluang hasil kesilapan pertahanan Kedah sendiri.

Bersambung di separuh masa kedua, Assifuah sekali lagi tampil sebagai wira utama Kedah, selepas penyerang kelahiran Ghana itu bijak menyempurnakan lorongan sempurna daripada Aiman Afif pada minit ke-55 untuk kembali meletakkan tuan rumah di hadapan.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk berpihak buat tuan rumah menerusi keputusan penuh 2-1 di Stadium Darul Aman (SDA).

Apa yang boleh dipuji pada perlawanan ini pastinya mengenai ketajaman Assifuah yang konsisten meledak gol dalam setiap perlawanan dihadapi pasukan tersebut sehingga kini.

Walaupun ramai yang menjangkakan Assifuah mampu meledak gol kerana saingan Piala MFL jauh lebih mudah berbanding Liga Super, kami mempunyai pendapat tersendiri mengenai kualiti pemain ini.

Dalam saingan Piala MFL, Assifuah tidak dikelilingi pemain yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan gol dan perlu berusaha lebih keras untuk membuka ruang serta mendapatkan jaringan.

Sehingga enam perlawanan dihadapi Kedah kini, Assifuah mempamerkan kualiti tersendiri untuk tenang membuka ruang serta sentiasa berada di posisi tepat untuk menerima bola.

Dari segi kerajinan, Assifuah sentiasa aktif bergerak dan mempunyai kemahiran tinggi dalam melakukan gelecekan selain tenang di hadapan gol.

Kualiti dimiliki Assifuah itu diperoleh beliau menerusi pengalamannya sebelun itu yang pernah beraksi di pentas Eropah serta saingan Piala Dunia bawah 20 (B-20) bersama Ghana.

Berbanding Willian Lira dan Jonathan Balotelli di skuad utama Kedah selaku penyerang, rekod dimiliki Assifuah sebelum itu jauh lebih baik dan sudah pun terbukti.

Namun, apa yang membuatkan Assifuah tidak dapat menembusi skuad utama kini mungkin kerana isu kecederaan lampau dan masih dalam tempoh pemulihan untuk kembali optimum bermain dalam perlawanan lebih berintensiti tinggi.

Untuk rekod, sehingga enam perlawanan ini Assifuah sudah pun menjaringkan enam gol buat Kedah, dan mungkin pada masa akan datang Nafuzi boleh cuba untuk menyerap masuk penyerang tersebut di skuad utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN