Pernah Menjadi Pemain Tumpuan Baharu Untuk Kedah, Di Mana Kelibat Alfi Rasid?

Kelibat pemain pertahanan baharu Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ahmad Alfi Syahrin Bin Rasid sehingga kini masih belum kelihatan beraksi untuk skuad utama atau pasukan simpanan dalam saingan Piala MFL.

Alfi yang merupakan adik kepada bintang skuad negara iaitu Safawi Rasid mula menyertai Kedah pada musim ini selepas bersama skuad pembangunan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum itu.

Kehadiran Alfi pada awalnya mendapat liputan agak tinggi, kerana jangkaan ramai yang mahu melihat pemain ini beraksi cemerlang seperti abangnya Safawi untuk membantu Kedah musim ini.

Walaupun begitu, sehingga kini pemain tersebut masih belum dapat menembusi kesebelasan utama Kedah atau skuad simpanan selepas beberapa perlawanan sudah diharungi.

Malah, nama Alfi juga tidak tersenarai dalam di bangku simpanan Kedah dalam aksi Piala MFL, sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penyokong Sang Kenari.

Adakah Alfi belum cukup bagus untuk menarik minat kejurulatihan Kedah bagi memberi ruang buat beliau beraksi sehingga kini?

Berkelebihan beraksi di posisi sayap serta pertahanan, jelas bahagian tersebut ketika ini agak mencabar buat Alfi untuk merebut tempat bersama pemain lain dalam sesi latihan pasukan itu.

Nasib Alfi mungkin sedikit berbeza daripada Safawi yang mendapat pendedahan lebih baik sehingga melonjakkan terus nama beliau dalam arena bola sepak tanah air pada usia masih muda.

Apa yang perlu dilakukan Alfi kini adalah untuk terus berlatih sehingga mampu menarik minat kejurulatihan untuk menempatkan beliau dalam kesebelasan utama atau sekurangnya tersenarai di bangku simpanan.

Seperti diketahui baik skuad utama atau pasukan simpanan Kedah, musim ini Sang Kenari dianggap lebih baik dalam mendapatkan ramai pemain berkualiti dan itu menjadi cabaran besar buat Alfi untuk terus bersaing mendapatkan tempat.

Kali terakhir foto Alfi dikesan berlatih bersama skuad simpanan Kedah pada 28 Mac lalu ketika mereka membuat persiapan untuk aksi berdepan Kelantan United, dan sekali lagi pemain kelahiran Terengganu itu tidak tersenarai.

Menurut info yang kami terima, Alfi juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan dijelaskan faktor beliau tidak tersenarai kerana momentum pasukan ketika ini masih berada dalam keadaan terbaik.

Selain Alfi, seorang lagi pemain yang agak lama tidak berada dalam senarai kesebelasan atau di bangku simpanan pasukan iaitu pertahanan import, Alan Robertson.

Alan yang ditandatangani musim ini untuk skuad simpanan Kedah juga menimbulkan rasa misteri dalam kalangan penyokong selepas kelibat beliau agak lama tidak kelihatan dalam mana-mana perlawanan.

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal berdepan cabaran JDT II pada malam ini untuk perlawanan ketujuh Piala MFL di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Perlawanan ini pastinya menjadi tumpuan, kerana jika Kedah mampu melakar kemenangan maka mereka akan memintas JDT di tangga ketiga Kumpulan A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN