Ashley Young: Saya Sedia Tinggalkan Itali Untuk Kembali Ke Watford

Ashley Young

Pemain bek sayap Inter Milan, Ashley Young memberikan gambaran jelas bahawa beliau sedia untuk meninggalkan kelab tersebut sekiranya diberikan peluang kembali menyarung jersi Watford.

Watford merupakan pasukan pertama yang bertanggungjawab dalam meningkatkan potensi Young di mana beliau telah menyertai akademi The Hornets ketika berusia 10 tahun.

Young yang kini berusia 35 tahun mula menembusi skuad utama Watford pada 2003/04 dan sempat beraksi selama empat musim sebelum Aston Villa membawanya ke Villa Park pada jendela perpindahan Januari musim tersebut.

Langkah itu memberikan peluang buat Young untuk mencipta nama dan aksi menarik ditampilkannya telah menarik minat Manchester United untuk merekrutnya bagi menghadapi musim 2011/12 dengan yuran perpindahan bernilai £17 juta.

Sehubungan dengan itu, Young yang kini menjadi antara sandaran utama buat Inter Milan di bawah kendalian Antonio Conte tidak berselindung akan menerima sepenuh hati untuk kembali sekiranya Watford berminat mendapatkan khidmatnya.

Embed from Getty Images

”Sekiranya saya boleh kembali dan bermain [dengan Watford] semula, saya akan melangkah pergi dari Itali sekarang juga kerana itulah tempat yang saya kenali,” ujar Young menurut laporan Goal.

”[Watford] Ia merupakan tempat di mana saya bermula dan sebab inilah membolehkan saya menjadi seperti hari ini dan sampai ke tahap saya berada pada ketika ini.”

”Ia juga memberikan saya permulaan yang sangat rendah hati.”

Musim 2020/21 menyaksikan Ashley Young telah membuat tiga penampilan bersama Inter Milan dalam kempen Serie A yang mana beliau telah mencipta satu bantuan jaringan ketika I Nerrazzuri menewaskan Benevento 5-2 di gelanggang lawan [Municipal Stadium Ciro Vigorito].

Kredit featured image: Giuseppe Maffia/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ashley Young:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN