VIDEO: Ledakan Padu Higuain Hadiahkan Kemenangan Buat Inter Miami

Higuain Inter Miami

Gonzalo Higuain memerlukan perlawanan ketiga untuk menjaringkan gol sulungnya dalam kempen Major League Soccer (MLS) ketika membantu Inter Miami menundukkan New York Red Bulls di gelanggang lawan.

Lebih menarik untuk diperkatakan, jaringan tersebut terhasil menerusi sepakan percuma padu yang diledakkan dengan begitu baik oleh Higuain pada minit ke-81.

Higuain yang bertindak selaku ketua pasukan pada perlawanan ini turut diangkat sebagai wira buat Inter Miami kerana jaringan itu juga sekali gus telah menghadiahkan gol kemenangan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selama 80 minit.

New York Red Bulls bagaimanapun terlebih dahulu di hadapan setelah Omir Guadalupe Fernandes Mosso yang tidak dikawal pertahanan Inter Miami dalam kawasan penalti dengan mudah menolak masuk bola untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-53.

Kegembiraan kem tuan rumah itu hanya mampu bertahan selama dua minit sahaja apabila Matias Pellegrini yang mendapat peluang dalam kawasan penalti tidak mensia-siakan peluang bagi mengikat kembali kedudukan.

Ketika perlawanan memasuki sembilan minit terakhir, Higuain membuktikan mengapa beliau hadir ke saingan MLS dengan meledakkan rembatan padu untuk menghadiahkan kemenangan keempat buat skuad yang dibimbing Diego Alonso tersebut.

Higuain yang ditamatkan kontrak dengan lebih awal atas persetujuan bersama Juventus pada pertengahan September lalu memilih untuk berkelana ke Amerika Syarikat selepas mengecapi kegemilangan karier profesionalnya bersama Real Madrid, SS Napoli dan Juventus.

Kredit featured image: Ira L. Black – Corbis/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gonzalo Higuain:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN