RASMI: Ashley Young Milik Inter Milan

Ashley Young telah melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Inter Milan. Yuran perpindahan dilapokan sekitar €1.5 juta / £1.3 juta.

Pemain berusia 34 tahun, memutuskan untuk meninggalkan Man United dengan baki kontrak semasa beliau akan tamat pada akhir musim ini.

Young sebelum ini sudah diberikan lanjutan kontrak khas setahun seperti mana terkandung dalam klausa kontrak beliau.

Ashley Young telah bermain sebanyak 261 kali untuk Man United. Beliau menyertai Manchester United dari Aston Villa pada 2011.

Ashley Young telah menjaringkan 19 gol di sepanjang karier beliau bersama Man United.

Beliau memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga, dan Liga Europa. Young telah dipilih menjadi ketua pasukan Man United menggantikan Antonio Valencia. Tugas itu kini akan digalas oleh Harry Maguire.

Solskjaer mengakui keberatan melepaskan Young, namun pemain itu tertarik dengan tawaran Inter Milan kerana kelab itu sanggup menawarkan beliau kontrak setahun setengah.

Kontrak asas adalah enam bulan. Namun Young berpotensi mendapat tawaran setahun lagi.

“Dia [Young] berusia 35 tahun pada musim panas ini dan jika beliau mendapat tawaran kontrak selama dua tahun, maka beliau akan terpaksa mengambilnya,” kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer kepada wartawan.

“Kami tidak bersedia untuk menawarkannya kontrak seperti itu. Beliau telah berkhidmat dengan sangat baik untuk kelab ini, beliau adalah kapten, dan beliau telah memenangi trofi di sini.”

Berkenaan dengan kapten baharu pasukannya, Ole yakin Harry Maguire cukup bagus untuk menggalas tugasan tersebut.

Penampilan terakhir Young bersama United adalah ketika bermain untuk United dalam aksi Piala FA pusingan ketiga menentang Wolves.

Leave a Reply