Ashley Young Beri Tips Hindari Wabak Covid-19

Pemain Inter Milan, Ashley Young mengajak semua orang untuk mengamalkan kebersihan sepanjang musim wabak Covid-19 ini.

Di Twitter beliau, Young memberikan beberapa tips untuk mengelakkan daripada terjangkit wabak itu:

  • Jangan penuhi pasar raya, tunggu dan sabar kerana pasar raya menghadkan kemasukan orang di dalamnya
  • Jika di dalam lif, pastinya hanya satu atau dua orang sahaja pada satu-satu masa. Jika berdua, pastikan kita menghadap dinding lif supaya nafas kita tidak terkena pada orang lain.
  • Sentiasa pakai sarung tangan apabila berada di luar kereta. Tanggalkan apabila berada dalam kereta sendiri.
  • Gunakan penutup muka!
  • Amalkan penjarakan sosial.
  • Jangan buka barangan pembelian dari pasar raya sehingga terkena pada barangan orang lain di kaunter bayaran. Tunggu sehingga orang tersebut selesai melakukan pembayaran.

Young menceritakan pengalaman beliau berada di Itali yang merupakan negara Eropah paling terjejas teruk dengan wabak itu.

Kata Young, pasar raya adalah tempat yang paling berbahaya untuk dikunjungi ketika ini kerana disitulah virus mula merebak.

“Secara realisitiknya, pasar raya adalah tempat paling berisiko untuk wabak ini merebak. Bercakap dengan keluarga dan juga rakan untuk pergi mendapatkan makanan adalah gila.”

Young berkata di Itali tidak ada masalah dalam mendapatkan makanan di pasar raya seperti di Malaysia. Suasana tenang dan tiada yang berebut-rebut stok makanan serta tiada isu menyorokkan bekalan makanan.

Malah, hanya seorang sahaja daripada setiap keluarga yang pergi mendapatkan makanan.

Di akhir cicipan beliau, Young mahukan semua orang untuk kekal selamat sehingga wabak ini berakhir.

“Paling penting, kekal selamat. Itu yang kami lakukan di sini, bukannya melebih-lebih tetapi cuba untuk sentiasa selamat.”

“Ingat, orang lain juga perlu lakukan sebegini juga. Ia bukannya teruk, melakukan penjarakan sosial mampu menyelamatkan nyawa.”

Baca juga artikel kami mengenai Ashley Young:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN